Thursday, December 6, 2012
Monday, December 3, 2012
Tuesday, November 13, 2012
Bahasa SMS "Parasit Bahasa" Renung-renungkan
Dipetik dari Rancangan Hujah TV9 mengenai pengunaan bahasa SMS yang boleh merosakkan bahasa.
Marilah kita sama-sama menyaksikan klip-klip dibawah ini.
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Wednesday, October 31, 2012
Hari-hari indah...jadikan hari ini lebih indah dari hari semalam...........
Didik hibur KSSR
Bunga Raya Lambang Negara
Bunga Raya merah sangat cantik
Di halaman rumahku
Bunganya merah daunnya hijau
Memikat kumbang lalu..
Bunga Raya Merah sangat cantik
Di halaman rumahku
Darilah pagi hingga ke petang
Tidak jemu ku memandang.....
Didik hibur KSSR
Bunga Raya Lambang Negara
Bunga Raya merah sangat cantik
Di halaman rumahku
Bunganya merah daunnya hijau
Memikat kumbang lalu..
Bunga Raya Merah sangat cantik
Di halaman rumahku
Darilah pagi hingga ke petang
Tidak jemu ku memandang.....
Sunday, October 28, 2012
Pertandingan Pidato Antarabangsa
Sebghatullah - Afghan
Fathiah - Malaysia
Elena Vorbyeva - Latvia
Polina - Rusia
Dayangku - Brunei
Marina - Moldova
Yota Tamura - Jepun
Wahyudi - Indonesia
Bahasa Kita
terima kasih Dr. Collins
belajar bahasa kami
bertutur bahasa kami
menegur tentang bahasa kami.
malunya aku ini
melihat dasar kepimpinan kami
tentang bahasa Melayu kami ini.
malunya aku ini
bila politikus kami
tanpa segan berbahasa Inggeris fasih
melebihi bahasa ibuanda sendiri
saat berkomentar dalam berita-berita
berbahasa kami.
Kaedah dan Teknik Pengajaran
Gabbard, LeBlanc dan Lovy (1994) menyatakan bahawa kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran merujuk pada suatu proses mengatur lingkungan belajar dan merupakan gabungan beberapa pembolehubah. Pembolehubah yang penting dalam kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran adalah kaedah penyampaian bahan ajar, pola organisasi yang digunakan guru untuk menyampaikan materi, dan bentuk komunikasi yang dipergunakan. Secara terperinci, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran seperti yang dikemukakan di atas dapat diuraikan satu-persatu sebagai berikut.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.
Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran.
Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain.
Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.
Saturday, October 27, 2012
Wednesday, October 24, 2012
Kosa kata
kosa kata bagi binatang ternakan
Kosa kata bagi buah-buahan
Kosa kata bagi warna
Kosa kata bagi pekerjaan
Monday, October 8, 2012
PUISI KU
Mana mungkin akan kekal abadi
Embun jernih yang dingin.
Serinya Si Kembang pagi
Gerimis indah di tengahari
Pelangi petang yang meghiasi langit…..cantik sekali.
Semuanya…..mana mungkin kekal abadi.
Namun…..
kehadiran mu tetap setia dinanti
Walau berbalam-balam saja cahaya itu
Aku tahu,ku faham dan aku mengerti…
Mana mungkin akan kekal abadi
Apa yang memang sudah tertulis.
Sejak azali….
Hanya Mu..yang selamanya abadi.
Ya Illahi.
Ku mohon,
Dan ku ingini..kebahagiaan yang hakiki.
Saturday, October 6, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)






