Wednesday, May 29, 2013

Kanak-kanak Berkeperluan khas







                                       PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013
KBK 3073 :MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
              TAJUK ESEI ILMIAH


TUGASAN1
a.      Ciri-ciri dan penyebab kepada gangguan Hiperaktif
b.      Intervensi Awal Melalui Model perubatan dan Model Sosial
c.       Pendekatan Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk kanak-kanak  hiperaktif

                                                                                         





                                                                      DISEDIAKAN OLEH

NAMA
NO. ID
NO. TELEFON
HAMIDAH BINTI MAAROF
D20112052717
0196371610


PUSAT PEMBELAJARAN : EL. J03 (A122PJJ)
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. NOOR AINI BINTI AHMAD
TARIKH SERAH : 27. APRIL 2013

BIL
ISI KANDUNGAN
MUKASURAT
1









2


3






Jawapan Bahagian (a)
Pendahuluan
Ciri-Ciri Kanak-Kanak Hiperaktif
Ciri-Ciri Hiperaktif Sensory Hyperaktif
Ciri-ciri Motor Hiperaktif
Ciri-ciri Intelek
Ciri-ciri Perkebangan Sosial
Ciri-Ciri Tingkahlaku
Ciri-Ciri Perkembangan Motor
Punca-Punca Berlakunya Hiperaktif
Jawapan Bahagian (b)
Model Perubatan
Model Sosial
Jawapan Bahagian (c)
Pendekatan Pengajaran Dan Pebelajaran Yang Berkesan Untuk Kanak-kanak Hyperaktif
Pendekatan Konstruktivise Sosial
Pendekatan Rangsangan
Kesimpulan
Bibliografi


1
2 hingga 5






5 hingga 9

10 hingga15

16 hingga 18



19
20





TUGASAN 1
SOALAN (a):
Ciri-ciri dan penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan hiperaktif (Attention Deficit Hiperactivity Disorder / ADHA)
Jawapan:
Pendahuluan.
     Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) merupakan penyakit psikiatri yang paling banyak berlaku di kalangan kanak-kanak sekolah. Penyakit ini selalunya banyak dikesan oleh guru sekolah berbanding ibu bapa disebabkan oleh tingkah laku kanak-kanak ini yang berlainan dan jauh berbeza dengan pelajar-pelajar lain ketika di dalam kelas.
   Kanak-kanak berkeperluan khas, seperti kanak-kanak hiperaktif merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Kanak-kanak khas juga merujuk kepada kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa berdasarkan ciri-ciri mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi, ciri-ciri fizikal ataupun tingkah laku sosial (Jamila ,2005). Perbezaan ini mencapai tahap yang  mana kanak-kanak memerlukan pengubahsuaian dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan khas bagi membolehkannya berkembang pada tahap maksimum.



1
2.0 Ciri-Ciri Kanak-Kanak Hiperaktif 
      Kanak-kanak hiperaktif mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan kanak-kanak lain Terdapat  2 jenis ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif menurut William Cruickshank iaitu,
2.1  Ciri-ciri hiperaktif Sensory Hyperactive (pancaindera)
       Lemah dan gagal memberi tumpuan. Kanak-kanak ini pada kebiasaannya lemah dalam pelajaran tetapi lebih suka bermain dan mempunyai pemikiran yang sentiasa tertumpu kepada sesuatu yang menarik, menghiburkan walaupun cuma seketika. Kanak-kanak jenis ini selalunya tidak dapat memberi tumpuan yang baik dalam menjalani proses pembelajaran.
     Mudah hilang tumpuan. Kanak-kanak ini hanya dapat menumpukan tumpuan seketika sahaja ketika dalam prosesn pembelajaran. Selalunya mereka akan mengalihkan tumpuan kepada sesuatu yang lebih menarik perhatian mereka. Selain daripada itu kanak-kanak ini juga menunjukkan ciri-ciri tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali.
     Selain daripada itu kanak-kanak ini juga menunjukkan ciri-ciri tidak boleh membuat gambaran, pengasingan dan tidak dapat menyatakan perkaitan atau perhubungan. Pada kebiasaannya mereka gagal untuk membayangkan sesuatu objek, dan tidak dapat membezakan atau menghuraikan sesuatu yang berhubungkait.
    Kanak-kanak hiperakrif juga menunjukkan ciri-ciri yang agak lemah dalam hal-hak yang berkaitan dengan ruang iaitu, mereka tidak dapat membezakan suasana dan keadaan persekitaran dari segi saiz, jarak dan keadaan ruang.

2.2  Ciri-ciri Motor Hiperaktif (motor kasar dan motor halus).
      Kanak-kanak yang tergolong dalam hiperaktif jenis ini menunjukkan tingkahlaku yang aktif dan melampau. Kanak-kanak ini ini terlalu aktif dalam aktiviti
2
kehidupannya. Kanak-kanak ini tidak boleh duduk diam dan sikap mereka agak agresif dan sering menimbulkan pergaduhan.
     Kanak-kanak hiperaktif biasanya memanipulasikan bahan atau apa saya yang dapat dipegang. Mereka selalunya mencuba pelbagai cara seperti memukul, menghentak atau membaling ke arah sasaran yang berhampiran.
     Selain daripada itu kanak-kanak hiperaktif juga menunjukkan ciri-ciri lain yag dapat membezakan mereka dengan kanak-kanak lain.
2.3   Ciri-ciri intelektual
kanak-kanak hiperaktif juga berbeza dengan kanak-kanak biasa. Mereka mudah terganggu. Mereka ini terganggu berpunca dari orang lain dan adakalanya berpunca dari diri mereka sendiri. Mereka juga tidak dapat menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara. Kanak-kanak ini biasanya tidak dapat memberi tumpuan pada pengajaran guru, sebaliknya terlalu memikirkan perkara lain. Mereka jua menunjukkan ciri-ciri yang tidak boleh menyiapkan kerja atau tugasan. Kanak-kanak ini tidak dapat menyiapkan kerja sendirian.  Adakalanya kerja mereka hanya dapat dilakukan pada peringkat awal sahaja akan tetapi mereka tidak dapat menyiapkan kerana berasa bosan dan berasakan terlalu memenatkan dan menyusahkan.
     Kanak-kanak hiperaktif ini juga tidak dapat menghasilkan suatu kerja yang berkualiti. Oleh kerana mereka terlalu aktif mereka cepat bosan melakukan kerja yang diarahkan dengan sempurna. Ciri-ciri lain ialah mereka gemar melakukan aktiviti namun demikian hanya sedikit sahaja yang siap. Ini disebabkan sikap mereka yang gemar pada sesuatu tetapi bersifat sementara sahaja. Mereka ini gemar melakukan aktiviti yang ringkas dan pendek tetapi naluri mereka yang mudah-berubah-ubah dan tidak suka melakukan aktiviti yang memenatkan.
     Perkembangan bahasa kanak-kanak ini juga agak lambat. Ini disebabkan mereka terlalu aktif, menjadikan perkembangan perkembangan intelek termasuk perkembangan bahasa mereka terbantut. Sikap mereka yang selalu memngganggu
3
orang dan sentiasa suka bermain mambuatkan mereka mengalamai masalah perkembangan bahasa dan peruturan mereka terjejas dan mereka tidak dapat berbahasa dengan baik.

2.4. Ciri-ciri perkembangan sosial
 kanak-kanak hiperaktif pula menunjukkan mereka menjadi individu yang mudah bosan dan tidak dapat menumpukan kepada tudas atau tanggungjawab yang perlu dibereskan. Mereka juga merupakan seorang yang tidak memahami orang lain mereka tidak mempunyai perasaan empati kepada orang lain. Mereka mempunyai masalah auditori. Ini bermaksud mereka boleh mendengar dengan baik akan tetapi mereka tidak dapat memahami setiap bunyi yang didengari. Kanak-kanak hiperaktif ini merupakan seorang yang pelupa dan tumpuan mereka pada sesuatu perkara mudah terganggu.

2.5. Ciri-ciri tingkahlaku
      Kanak-kanak hiperaktif pula menunjukkan mereka mempunyai pelbagai ciri-ciri yang dapat dikenalpasti antaranya ialah mereka suka memberontak,bertindak sebelu berfikir, memerlukan keputusan dengan segera, tidak sabar menunggu giliran, gemar menganggu kawan, suka mencuri. Sentiasa bermasalah dan selalu merosakkan harta benda orang. Selain daripada itu kanak-kanak hiperaktif ini juga selalu bergaduh dengan rakan, suka membuat bising dan adakalanya berani bertindak mencederakan diri sendiri dan orang lain.  Mereka juga berkelakuan secara tiba-tiba, degil dan sukar dikawal, lemah merancang serta memerlukan perhatian yang lebih. Mereka biasanya tidak suka mendengar nasihat, tidak tahu mempertahankan diri, selalu tukar aktiviti, tidak suka dibelai, suka menjerit-jerit, sensitif terhadap bau-bauan dan suka bermain tanpa mengira bahaya.


4
2.6. Ciri-ciri perkembangan motor
     Kanak-kanak hiperaktif juga mendapati mereka sentiasa berasa risau, resah dan gelisah apabila tidak dapat melakukan sesuatu perkara yang mereka suka. Ketika sedang bersendirian, mereka gemar mengelamun, berkhayal dan apabila mereka tersedar dari lamunan mereka akan mengaplikasikan

3.0 Punca-Punca Berlakunya Hiperaktif
     Hasil kajian oleh doktor perubatan moden sukar menentukan punca atau penyebab sindrom ini namun menurut mereka sindrom ADHD ini melibatkan faktor genetik. Menurut mereka ADHD berlaku di sebabkan perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitter pada otak dan ada juga yang berpendapat saiz otak kanak-kanak penghidap ADHD lebih kecil daripada otak normal diantara 5-10%. Ada juga yang menyatakan ibu yang merokok ketika hamil boleh menyebabkan kanak-kanak hiperaktif.

3.1.Faktor genetik
     Faktor genetik adalah merupakan faktor semula jadi yang memainkan peranan yang amat besar dalam terjadinya gangguan perilaku hiperaktif. Jika kita lihat pada faktor genetik, sudah tentu ia mempunyai hubungan antara anak dengan ahli keluarga sama ada ibu bapa ataupun saudara mara. Dalam hal ini, ibubapa atau saudara mara yang mengalami masalah hiperaktif pada usia kecilnya besar kemungkinan akan diwarisi oleh anak-anak mereka juga. Terdapat sesetengah hiperaktif  adalah dipengaruhi oleh faktor genetik. Seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak anak lelaki mereka. Oleh itu, keadaan ini telah menjadikan kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami hiperaktif sebanyak tiga kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan (Zuhayati yazid, 2009). Selain daripada itu, kembar yang lahir juga besar kemungkinan akan menghadapi masalah hiperkatif.

5
3. 2. Faktor Neurologik
     Faktor neurologik adalah merupakan faktor sekeliling yang telah menganggu ibu semasa hamil. Dalam hal ini, ibu hamil yangmengalami pelbagai masalah seperti gangguan otak akibat sulit saat kelahiran, penyakit berat, cedera otak dan sebagainya secara tidak langsung turut menganggu perkembangan bayi. Hal ini seterusnya akan menyebabkan anak yang lahir apabila mencapai satu tahap umur akan mengalami masalah hiperaktif. Masalah hiperaktif yang tinggi besar kemungkinan akan dialami oleh bayi yang lahir dengan masalah-masalah prenatal seperti lamanya proses persalinan, distress fetal, dan sebagainya dibandingkan dengan kehamilan dan persalinan yang normal. Hal ini berlaku ekoran daripada masalah-masalah seperti berat bayi yang lahir dengan berat badan yang rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang merokok dan meminum alkohol yang seterusnya mempengaruhi anak-anak untuk berpotensi mengalami masalah hiperaktif (Norman Supadma, 2009).
     Menurut Raihanah Abdullah ( 2004) pula, tekanan perasaan yang dialami oleh ibu semasa hamil dan lemas ketika proses bersalin akan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko hiperaktif. Menurutnya lagi, jika wanita hamil berasa tertkan sama ada di rumah mahupun di pejabat ketika proses kehamilan, secara tidak langsung bayi yang dikandung akan terdedah dengan pelbagai risiko negatif. Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosional sekaligus akan mendedahkan anak yang dikandung kepada risiko hiperaktif. Dalam konteks ini, faktor neurologik adalah merupakan masalah-masalah yang dihadapi oleh ibu semasa hamil dan kesannya akan mempengaruhi bayi tersebut.    
3.3 .Faktor Kelahiran Pramatang
      Faktor kelahiran pramatang atau bayi yang dilahirkan tidak cukup berat serta mengalami kecederaan pada otak semasa dalam kandungan juga dikatakan faktor atau punca kepada masalah hiperaktif.

6

 Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif ini boleh memahami dan berfikir tetapi sukar
untuk memberi tumpuan atau perhatian. Oleh sebab itu kanak-kanak ini sukar untuk bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik. Masalah hiperaktif merupakan masalah yang Tiada siapa tahu apakah punca ADHD.
3.4. Faktor Kultural dan Psikologi
Terdapat tiga jenis faktor yang akan dibincangkan di bawah faktor kulturul dan faktor psikologi iaitu pemanjaan, kurang disiplin dan pengawasan dan orientasi kesenangan.
a) Faktor pemanjaan
Menurut Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007), pemanjaan adalah merupakan perilaku yang memperlakukan anak terlalu manis, memujuk-mujuk makan, membiarkan sahaja dan sebagainya. Menurutnya lagi, anak yang sering diperlaku manja akan sentiasa ingin memperdayakan orang tua mereka untuk memperoleh apa yang mereka inginkan. Cara ibu bapa yang salah dalam mendidik anak-anak dengan terlalu memanjakan mereka telah menjadikan anak-anak sering melakukan sesuatu dengan kehendak hati mereka. Dalam konteks ini, anak-anak yang terlalu dimanjakan oleh ibu bapa akan menyebabkan mereka selalu ingin memilih cara sendiri supaya segala yang mereka inginkan dapat dipenuhi oleh ibu bapa mereka.
Keadaan seperti ini telah mendorong anak-anak menjadi seorang yang hiperaktif dengan bertindak diluar batas orang tua. Natijahnya, perilaku kanak-kanak seperti itu akan menjadi kebiasaan kepada mereka dan tidak hairanlah kalau perilaku seperti itu terbawa-bawa oleh mereka di dalam kelas ataupun sekolah. Oleh itu, jelaslah disini bahawa faktor pemanjaan merupakan salah satu faktor yang menjadikan anak hiperaktif di dalam kelas kerana telah terbiasa dengan perilaku melampaui batas di dalam rumah yang tidak mendapat larangan oleh ibu bapa.



7
b) Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan
     Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan juga antara faktor yang mampu mewujudkan masalah hiperaktif pada anak-anak. Pada hakikatnya, faktor ini pula merupakan faktor dimana kanak-kanak terlalu kurang diberikan perhatian dan pengawasan yang agak berbeza dengan kanak-kanak yang terlalu dimanjakan. Namun begitu, kesan daipada kedua-dua faktor ini telah menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah hiperaktif. Keadaan seperti ini akan menyebabkan anak-anak melakukan sesuatu dengan sesuka hati dan sewenang-wenangnya tanpa dijaga dan dibatas perbuatannya. Jika anak-anak diberikan kebebasan yang tidak terbatas di dalam rumah dengan membuat perkara-perkara mengikut suka mereka, maka tidak hairanlah jika mereka akan mempraktikkan perbuatan itu di tempat lain khususnya di dalam sekolah.
Seterusnya, perbuatan tersebut akan menyukarkan pihak lain yang tidak biasa dengan sikap hiperaktif anak-anak di dalam sekolah. Pada hakikatnya, kanak-kanak yang mempunyai sifat yang nakal dan terlalu lasak boleh dikawal dan disiplinkan. Namun begitu, sifat ibu bapa yang tidak mempedulikan tingkah laku kanak-kanak menyebabkan mereka menjadi anak yang tidak mendangar kata, asyik dengan aktivitinya sendiri, terlalu resah, tidak boleh duduk diam hampir di semua situasi samada di sekolah,di klinik dan di rumah dan sebagainya serta tidak boleh menumpukan perhatian kepada pembelajaran (Hamid BinArshat, 2010).

c) Orientasikan kesenangan
     Anak yang memiliki keperibadian yang berpotensi kesenangan umumnya akan memiliki ciri-ciri hiperaktif secara sosio-psikologi dan harus dididik agak berbeza agar mahu mendengarkan dan menyesuaikan diri (Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007). Dalam hal ini, kanak-kanak ini akan sering menginginkan kesenangan untuk kepentingan dan keinginan diri sendiri. Contohnya, kanak- kanak yang hiperaktif
8
tidak akan mahu dihukum dengan kesusahan. Mereka juga tidak akan mempedulikan akan aturan ataupun hukuman yang akan diterima sekiranya bersikap diluar kawalan ibu bapa ataupun sesiapa sahaja yang berada berdekatan dengan mereka.

4.0 Pengaruh Sekolah
     Sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak. Pada hakikatnya, kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif di dalam kelas kadang-kadang adalah disebabkan oleh masalah persekitaran, masalah pembelajaran, bosan di dalam kelas dan sebagainya akan menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara mengikut kehendak hati mereka. Mereka akan menimbulkan pelbagai masalah seperti menganggu rakan belajar, membuat bising, tidak dapat duduk diam dan sebagainya. Dalam proses pembelajaran di dalam kelas, mereka merasa sulit untuk duduk dengan diam di kursinya dan memusatkan perhatian itu singkat sekali, sehingga mereka menjadi nakal dan menganggu teman-temannya di kelas waktu guru sedang belajar. Kadang kala, mereka sedar untuk harus mematuhi peraturan di dalam kelas, namun mereka sendiri tidak mampu mengawal diri sehingga melakukan perkara yang tidak dapat dikawal oleh orang lain (Mohd Faldz Ibrahim, 2007)
    Namun begitu ada juga yang beranggapan, hiperaktif bukanlah berpunca daripada faktof persekitaran oleh itu, ibu bapa tidak sepatutnya mencari alasan-alasan yang mungkin menjadi punca ADHD. Sebaliknya, setiap keluarga haruslah mengorak langkah ke hadapan sekali gus mengenal pasti cara-cara yang boleh membantu anak-anak mereka mendapatkan bantuan sewajarnya. 




9
Bahagian: (b)
Intevensi awal yang boleh dilakukan melalui model perubatan (Medical Model) dan Model Sosial ( terhadap kanak-kanak kurang tumpuan hiperaktif (Antention Deficit Hyperactiviy Disolder/ADHD)
    Model perubatan memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas. Ia juga merupakan model utama dalam mengendalikan kanak-kanak berkeperluan khas secara berjadual dan sistematik.
     Model perubatan ini diasaskan berdasarkan kepada pandangan bahawa semua masalah yang melibatkan pendidikan adalah berpunca daripada kecelaruan organik atau penyakit. Menurut Cole & Chan (1990), model ini mengandaikan penyakit adalah penyebab penting masalah dalam pendidikan dan tingkah laku. Kerosakan saraf, kesilapan biologi dan faktor genatik  dianggap sebagai asas kepada punca kecacatan selain dari faktor persekitaran juga dipecayai boleh menjadi punca kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
     Kanak-kanak khas perlu diberi perhatian dan dibantu agar mereka juga mendapat pendidikan seperti kanak-kanak norma lain.  Di peringkat awal, kanak-kanak khas perlu menjalani ujian diagnosis secara komprehensif sebelum mereka melalui sebarang intervensi pendidikan khas.  Ujian diagnosis ini perlu bagi memahami keadaan biologikal serta fizikal mereka. Melalui ujian, tahap keupayaan mereka dan permasalahan yang dihadapi dapat dikesan  sama ada mereka autisme, cacat pendengaran, hiperaktif dan sebagainya. Sekiranya sebarang masalah kecacatan dapat dikesan lebih awal, tindakan akan dapat dijalankan bagi menangani masalah ini .
     Dalam situasi begini, Pakar perubatan yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang perubatan memainkan penting untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak serta mengesan punca masalah kecacatan untuk memulihkan kecacatan tersebut. Pediatrik pula bertanggungjawab untuk mendiagnostik dan
10
merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca masalah pembelajaran seperti genetik, kewarisan, prenatal dan postnatal.
     Kanak-kanak  hiperaktif dan mempunyai masalah menumpu perhatian dapat dikawal dengan memberikan ubat tertentu seperti ‘ Ritalin’. Ubat ini sedikit sebanyak  dapat mengawal keaktifan kanak-kanak dengan mengurangkan masalah  tingkah  laku  mereka.    Kanak-kanak yang telah dari awal lagi menjalani rawatan, sebelum memasuki alam persekolahan dengan mudah dapat menerima proses pembelajaran berbanding kanak-kanak yang tidak mendapat perhatian dan rawatan dari peringkat awal. Mereka lebih cekap mengurus diri  dan mampu mengikuti aktiviti di dalam bilik darjah. Model perubatan ini mampu membantu ibu bapa dan guru dalam mengurus kanak-kanak berkeperluan khas bagi menjamin proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
     Membuat diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan keresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan perhatian. Tiada ujian mudah untuk ADHD. Diagnosis dibuat dengan mengenal pasti corak tertentu tingkah laku kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkah laku mereka di rumah dan di sekolah daripada ibu bapa dan guru sekolah. 
      Rawatan berkesan untuk ADHD melibatkan pendekatan multidisiplin yang melibatkan bidang perubatan, psikologi, sosial dan pendidikan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami ADHD memerlukan rawatan. Ubat stimulan turut digunakan untuk merawat ADHD, tetapi tidak bermakna akan pulih sepenuhnya. Ubat stimulan membantu kanak-kanak ADHD menjadi tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak hati. Pada jangka masa berkesanan ubat stimulan, tumpuan perhatian kanak-kanak akan bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahiran yang baru. Kanak-kanak juga dapat belajar menjalin hubungan yang baik dengan orang lain, berfikir dengan jelas, boleh memahami pelajaran dengan lebih baik dan mampu mengawal diri sendiri. 
11
Ubat stimulan yang utama untuk merawat ADHD adalah methylphenidate yang dijual di bawah nama dagang Ritalin. Kesan ubat dijangka bermula dalam masa 30-60 minit dan keberkesanan ubat ini akan luput selepas 3-4 jam. Seorang kanak-kanak mungkin memerlukan antara dua hingga tiga dos pada setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik. 
     Namun begitu terdapat kesan sampingan yang biasa berlaku bagi methyphenidate adalah tidak boleh tidur dan kurang selera makan. Kesan sampingan yang jarang berlaku adalah sakit kepala, pitam atau mengantuk, sakit perut dan biasanya semua ini dirasai apabila dos ubat semakin luput. Apabila kanak-kanak tersebut tidak aktif atau terlalu diam, ini menunjukkan dos yang diambil terlalu tinggi dan perlu dikurangkan.
     Dengan bantuan yang sewajarnya dari ibu bapa, guru-guru, para doktor, kanak-kanak ADHD akan mampu menangani masalah kurang tumpuan atau hiperaktif mereka dengan lebih baik. Mereka juga dapat menyalurkan tingkah laku hiperaktif mereka dalam suasana yang sesuai seperti latihan fizikal atau senaman. Oleh itu, ramai yang memilih aktiviti atau pekerjaan yang memberi mereka kebebasan bergerak. Walaupun sebahagian kanak-kanak ADHD akan terus menunjukkan tanda atau masalah sehingga dewasa namaun dengan menjalani rawatan perubatan dan terapi yang diikuti semasa kanak-kanak dapat membantu mereka ketika dewasa.
      Pakar perubatan yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang perubatan memainkan penting untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak serta mengesan punca masalah kecacatan untuk memulihkan kecacatan tersebut. Pediatrik pula bertanggungjawab untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca masalah pembelajaran seperti genetik, kewarisan, prenatal dan postnatal. Sebagai contoh kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah dari segi pendengaran akan dirujuk kepada pakar audiologi untuk mengesan fungsi pendengaran. Mereka akan mengesan masalah komunikasi dari segi pertuturan dan bahasa kanak kanak. Tugas ibu bapa pula haruslah mematuhi nasihat dan tunjuk ajar doktor bagi membantu kanak-kanak sebegini. 
12

Selain itu, Pakar neurologi adalah untuk mendiagnostik dan mengubati penyakit yang berkaitan dengan neuorologikal seperti kecederaan otak. Kanak-kanak  hiperaktif dan mempunyai masalah menumpu perhatian dapat dikawal dengan memberikan kanak-kanak ubat “ Ritalin” untuk mengawal keaktifannya. 
     Pada kebiasaannya, kanak-kanak yng telah menjalani rawatan awal sebelum memasuki alam persekolahan akan mudah menerima proses pembelajaran berbanding kanak-kanak yang dibiarkan begitu sahaja. Mereka dapat mengurus diri dengan baik dan mampu mengikuti aktiviti di dalam kelas. Kenyataannya model perubatan ini mampu membantu ibu bapa dan guru dalam mengurus kank-kanak berkeperluan khas bagi menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik.


     Manakala melalui Model sosial, juga merupakan salah satu daripada model yang gunakan untuk mengendali atau mengurus kanak-kanak berkeperluan khas. Model ini mengutamakan masyarakat penyayang iaitu dengan mengenalpasti masalah dalam komuniti. Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan model sosial ini, prinsip usaha sama atau prinsip kolaborasi iaitu penglibatan pelbagai pihak terutamanya pihak ibu bapa, sekolah dan masyarakat turut sama memainkan peranan dalam program pendidikan khas.
    Penglibatan ibu bapa dalam program pendidikan khas adalah amat penting. Mereka dapat membantu memberi sokongan dan membina keyakinan diri kanak-kanak khas. Ibu bapa juga harus selalu bersedia untuk berkolaborasi dengan guru pendidikan khas dengan mendengar nasihat dan panduan guru-guru dan menghadirkan diri dalam setiap program atau aktiviti  perjumpaan yang diadakan di sekolah. Sumbangan dan sokongan yang padu dari pihak ibu bapa sangat perlu untuk menjayakan program pendidikan khas.

13
    Peranan pihak sekolah pula dalam membantu perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas ini ialah dengan satu bangunan atau sekurang-kurangnya bilik khas untuk mereka dan dengan melengkapkan infrastruktur yang serba lengkap untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti yang menggalakkan interaksi dan pergaulan antara murid-murid khas dan murid-murid biasa harus diperbanyakkan. Aktiviti membolehkan mereka menghadapi masyarakat luar secara normal.
    Manakala guru pendidikan khas yang terlatih perlu memainkan peranan penting dalam mendidik murid-murid berkeperluan khas dengan memberi komitmen, berfikiran kreatif, inovatif dan imagenatif supaya dapat menarik minat murid dan dapat mengekalkan suasana ceria dan mesra sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kolaborasi antara semua guru pendidikan khas dengan guru biasa serta semua kakitangan sekolah dalam melaksanakan program pendidikan khas juga penting untuk merealisasikan aspirasi pendidikan khas.
    Jabatan Kebajikan Masyarakat berperanan menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan mengadakan program latihan dan pemulihan diri. Pusat Dalam komuniti, Taman Sinar Harapan, Bengkel Daya, Pusat Pemulihan merupakan antara institusi-intitusi di bawah kelolaan jabatan yang dapat membantu menyediakan latihan dan kemahiran untuk kanak-kanak yang dikategorikan kurang upaya anggota dan akal yang kurang cerdas (bermasalah pembelajaran). Sumbangan daripada sektor swasta dan badan korporat juga tidak kurang pentingnya, mereka memainkan peranan besar dalam menjaga kebajikan orang kurang upaya.
     Penglibatan ibu bapa, pihak sekolah, pakar perubatan, Bahagian Pendidikan Khas, Jabatan Kebajikan, Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat dalam menjayakan program untuk anak-anak berkeperluan khas amat penting dan semua pihak harus berfikiran positif serta penglibatan secara berterusan bagi menjalankan dan memantapkan rancangan pendidikan.

15
c. Pendekatan Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak- kanak kurang tumpuan hiperaktif (Attenrion Deficit Hyperactivity Disorder / ADHD)
Pelajar yang menghadapi masalah hiperaktif memerlukan perhatian yang lebih dari pihak ibubapa dan guru agar masalah yang dihadapi oleh mereka ini dapat diatasi dengan sebaikanya. Masalah dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas iaitu hiperaktif merupakan satu bentuk kelemahan yang perlu ditangani dengan cara yang terbaik agar pengajaran yang
     Kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau-merayau, tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru. Kanak-kanak hiperaktif mempunyai ciri-ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat, sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan

Terdapat juga kanak-kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri-ciri perkembangan bahasa yang sangat lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak-kanak lain dan dia sering berasa terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada murid ini sahaja.

      Kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif ini tidak dapat memberi tumpuan dan sering terganggu oleh keadaan persekitaran. Kanak-kanak yang hiperaktif dapat dikenalpasti melalui kegiatan dan tingkah laku mereka (Scrib, 2010). Terdapat teori dan pendekatan yang sesuai dalam mengaitkan isu pelajar yang hiperaktif seperti teori kognitif piaget dan pendekatan konstruktivisme sosial. Faktor pelajar bermasalah hiperaktif dapat dikenalpasti seperti faktor neurologik, faktor genetik, faktor keluarga dan sebagainya. Sudah tentu, pelajar ini memberi masalah kepada pelajar-pelajar lain, guru-guru bahkan dirinya sendiri.
16

 Pendekatan Konstruktivisme Sosial

         Pendekatan konstruktivisme sosial merupakan satu pendekatan yang tertumpu dalam bilik darjah. Melalui pendekatan ini akan mewujudkan pelbagai inovasi yang dapat mewujudkan konteks sosial dalam pembelajaran antara guru dengan murid dan antara para pelajar itu sendiri. Dengan cara ini pelajar berpeluang untuk membina hubungan sosial, belajar kemahiran memproses informasi bagi menguasai sesuatu ilmu dalam bilik darjah. Di samping itu juga, para pelajar hiperaktif ini akan mempunyai peluang yang lebih banyak untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka berbanding pembelajaran yang hanya tertumpu pada guru sahaja. Melalui proses interaksi ini akan mewujudkan minat mereka untuk belajar sambil bermain sekaligus dapat mengurangkan kadar kurang tumpuan mereka dalam kelas.
          Antara pendekatan yang digunakan dalam pendekatan konstruktivisme ini ialah seperti pembelajaran berkumpulan, sumbangsaran, kolaboratif dan sebagainya yang memberi fokus kepada tugasan yang melibatkan interaksi dan dapat mengukuhkan memori pembelajaran kanak-kanak melalui permainan dalam pembelajaran. Selain itu juga, minda para pelajar yang hiperaktif ini mampu berkembang melalui penerokaan idea-idea yang baru. Pembelajaran berkumpulan juga mampu memaksimumkan kemahiran sosial, komunikasi, interpersonal, kinestetik dan pelbagai lagi yang dapat mengurangkan masalah kurang tumpuan dalam kalangan pelajar yang hiperaktif ini.
          Guru mampu untuk menilai keupayaan, kesungguhan dan minat para pelajar dalam bilik darjah melalui pendekatan konstruktivisme sosial secara langsung. Oleh sebab guru dapat memahami aspirasi, cita rasa, perasaan dan pemikiran pelajar secara langsung maka segala pembelajaran akan berpusat kepada pelajar bagi menarik minat mereka untuk belajar. Guru hanya

17
menjadi pemerhati kepada proses pembelajaran tersebut dan perkara ini turut memberi ruang kepada guru untuk mengadaptasi proses pengajaran yang efektif berdasarkan perbezaan individu pelajar tersebut.


Pendekatan Rangsangan

       Piaget Jean (1869-1980) yang merupakan seorang ahli psikologi telah berpendapat  bahawa pelajar memerlukan masa yang agak panjang untuk mengenali serta membezakan  pelbagai rangsangan. Keadaan pelajar tidak sama dengan orang dewasa, oleh kerana itu ia tidak mampu memilih rangsangan-rangsangan yang bermakna untuk memberi tindak balas yang sesuai terhadap rangsangan mereka. Selain itu, Piaget turut menjelaskan bahawa kanak-kanak merupakan pelajar yang aktif dan bermotivasi. Pelajar juga mampu membina pengetahuan daripada pengalaman mereka dan mereka belajar melalui dua proses yang saling melengkapi iaitu asimilasi dan akomodasi. Berdasarkan teori Piaget ini dapat disimpulkan bahawa pelajar hiperaktif juga mengalami satu perkembangan kognitif yang sempurna seperti pelajar lain.
      Para pelajar hiperaktif ini juga mengalami proses pembelajaran mereka melalui pengalaman dan persekitaran mereka. Mereka akan terus menerokai alam sekitar mereka untuk mengetahui apa yang terdapat di situ dan sesuatu perkara tersebut tanpa memikirkan akibatnya. Menurut Piaget lagi, pengalaman-pengalaman baru yang mereka perolehi ini penting untuk perkembangan kognitif mereka. Oleh itu, Piaget menekankan mengenai pentingnya interaksi antara pelajar dengan persekitaran fizikal mereka. Melalui interaksi  tersebut mereka dapat menambah kefahaman mereka mengenai perkaitan sebab dan kesannya.
             Piaget telah menjelaskan bahawa pelajar belajar melalui asimilasi dan akomodasi  iaitu proses mengendalikan sesuatu objek dan peristiwa dengan cara yang selaras dengan  skema yang sedia ada (asimilasi) dan

18
 mungkin mengubah suai pengetahuan mereka hasil  peristiwa dan kejadian baru (akomodasi). Oleh sebab itu, pelajar yang hiperaktif dikatakan mempunyai satu kepuasan dalam penerokaan yang mereka lakukan. Bukan saja mereka mampu menjana pengalaman dan mendapat pengetahuan baru tetapi mereka juga akan mengalami satu perkembangan kognitif yang seimbang dalam kehidupan mereka.


 KESIMPULAN
     Hiperaktif adalah suatu pola perilaku seseorang yang tidak boleh duduk diam dan memberi perhatian. Guru yang mengajar kanak-kanak harus mempunyai jiwa yang sabar, tidak mudah mengalah dan sentiasa ceria bersama kanak-kanak ini. Guru haruslah selalu berinteraksi dengan pelajar ini supaya mereka rasa dihargai dan disayangi. Pengaruh lingkungan bagi anak hiperaktif ini kurang disenangi khususnya bagi teman-teman sebayanya apabila kanak-kanak hiperaktif lebih cenderung menguasai atau menjadi pemimpin di antara teman-teman yang lain.
     Anak hiperaktif dituntut untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan pergaulan. Perhatian diperlukan daripada ibu bapa dan juga guru-guru untuk mengatasinya. Dunia kehidupan anak itu penuh dengan kegembiraan dan sukacita, maka kegiatan bercerita dapat memberi perasaan gembira, lucu dan mengasyikkan. Fenomena ini dapat membantu guru supaya murid dapat menyesuaikan diri bersama keluarga, rakan-rakan, guru dan masyarakat. Ahli sosiologi dan psikologi  berpendapatbahawa kanak-kanak hiperaktif memerlukan bimbingan atau sokongan ibu bapa dan masyarakat sekeliling.
                                                                              19
 BIBLIOGRAFI
            Adnan Hasan Salleh (2011) Mendidik Anak Lelaki. Selangor: PTS illennia Sdn Bhd
            Dr Rozieta Shaary (2008) Membina Anak-Anak Cemerlang.Selangor : True Wealth Sdn Bhd
Huffman, Karen (2002). Psychology in Action. USA: John Wiley & Sons.

            Jas Laile Suzana Jaafar (1996). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur:
                  Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noran Fauziah Yaakub dan Habibah Elias (1997). Psikologi Personaliti.  
        Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2001). Psikologi Pendidikan
      Untuk Perguruan. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd

Tengku Asmadi Tengku Mohamad (2008) Teknik emotivasi Anak Cara Positif.  
                   Selangor : PTS Millennia Sdn Bhd.




Pilih Radio Anda