TUGASAN UPSI






                     KRB 3033: PENGANTAR BAHASA MELAYU
                                                                    TAJUK
TUGASAN A: FUNGSI DAN KEPENTINGAN BAHASA MELAYU
BERASASKAN PENYATA RAZAK 1956
TUGASAN B: KONSEP TATABAHASA DAN ANALISIS KESALAHAN TATABAHASA OLEH MURID
 DI DALAM BILIK DARJAH DALAM BILIK DARJAH

 



                                                                           
                                                             KUMPULAN EL – J03
                                                             DISEDIAKAN OLEH
NAMA
NO. MARTIK
NO. TELEFON
HAMIDAH BINTI MAAROF
D20112052717
0196371610

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR ANIDA BINTI SARUDIN
TARIKH SERAH: 21 NOVEMBER 2012




    ISI KANDUNGAN                                                                                         MUKASURAT
      TUGASAN : BAHAGIAN A 
                     Pengenalan                                                                                                                        1
  Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah                                       2
   Kepentingan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan                            5
                    Rumusan                                                                                                                                                            Rujukan                                                                                                                             7

TUGASAN BAHAGIAN B
      Pengenalan                                                                                                                       8 
     Huraian konsep tatabahasa                                                                                               8
     Analisis kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid di dalam bilik darjah              11
     Rumusan                                                                                                                          15
     Rujukan                                                                                                                            16
                                                                                                                            










 SOALAN TUGASAN : BAHAGIAN A
Tujuan akhir dasar pendidika Negara adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa bawah satu system pendidikan kebangsaan dengan berdasarkan fungsi dan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, aspirasi tersebut wajar diinterpretasikan lebih jelasdengan berasaskan Laporan Razak 1956.
i.                      Tiga fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah.
ii.                    Tiga kepentingan bahsa Melayu dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Pengenalan
     Bahasa ialah wadah komunikasi utama yang digunakan oleh manusia untuk berhubung, menyampaikan maklumat dan melakukan pelbagai transaksi dalam kehidupan seharian. Bahasa juga penting sebagai salah satu unsur yang terdapat dalam kebudayaan sesebuah bangsa dan negara. Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi khusus diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa pengantar ilmu diwartakan dalam Akta Pendidikan1961 dan kemudian Akta Pendidikan 1996.   Sistem Pendidikan Kebangsaan telah mengalami evolusi  sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Peranan bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Malaysia dilihat cukup penting sekali. Ini terbukti di dalam Laporan Razak 1956 menyebutkan peranan yang dimainkan oleh bahasa Melayu dalam kata-kata berikut, “kami berpandu kepada maksud hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negeri ini dengan tiada merosakkan atau menyekat bahasa dan kebudayaan bangsa lain yang diam di negeri ini”. Penyata Rahman Talib pula telah mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.

      Fungsi dan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah diinterpretasikan dengan lebih jelas dengan berasaskan Laporan Razak 1956. Matlamat utama sistem pendidikan kebangsaan adalah  untuk menyatupadukan kanak-kanak yang  berbilang bangsa, atau lebih tepat lagi sebagai alat atau agen perpaduan rakyat.

1

Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
      Terdapat tiga fungsi bahasa Melayu  sebagai bahasa pengantar di sekolah. Fungsi pertamanya ialah sebagai bahasa ilmu. Bahasa ilmu bermaksud satu saluran untuk menyampaikan sesuatu perkara berkaitan penemuan atau kajian. Langkah menjadikan bahasa Malayu sebagai bahasa ilmu telah disarankan dalam Laporan Razak 1956 dan kemudian diperkuatkan lagi dalam Laporan Abdul Rahman Talib 1960. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar ilmu di sekolah-sekolah rendah, sekolah-sekolah menengah dan  di maktab-maktab. Pada tahun 1983 menjadi bahasa pengantar ilmu di insitusi pengajian tinggi. .Bahasa Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa ilmu dalam dunia abad ke-21. Namun, begitu  fungsi Bahasa Melayu dalam tugas ini amat bergantung pada kesediaan pengamal Bahasa Melayu untuk menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa ilmu. Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkap ilmu dan memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Perkara 152 Perlembagaan Negara telah menjamin dan mengiktiraf bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya sebagai bahasa ilmu. Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai peneguhnya iaitu memberi halatuju kepada Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara. Bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa ilmu apabila wujudnya Akta Pelajaran
.  Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan moden akan tetap kekal walaupun tidak dinafikan bahawa di negara ini, Bahasa Inggeris turut berfungsi sebagai bahasa untuk menimba ilmu. Keadaan ini tidak bercanggah kerana sudah menjadi dasar pendidikan negara untuk menghasilkan pelajar yang dwibahasa sifatnya Itulah sebabnya Bahasa Inggeris diperkenalkan sebagai mata pelajaran sejak tahun satu sekolah rendah supaya pelajar menerima pendidikan Bahasa Inggeris selama 11 tahun dan sepatutnya telah menguasai bahasa tersebut dengan baik.
    Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat menyesuaikan penemuan-penemuan baru dari lingkungan lain ke lingkungan tertentu dan menerangkan keadaan khas di dalam lingkungan yang baru yang menimbulkan masalah dan memerlukan penelitian. Penemuan-penemuan baru dalam bentuk tulisan dan bahasa asing dapat difahami oleh penggunanya tanpa ada keraguan penafsiran dalam bahasa Melayu  Penggunaan bahasa Melayu sebagai
2
bahasa ilmu juga dapat memudahkan kerjasama pelbagai kaum bagi memajukan bidang ilmu. Sehingga kini Bahasa Melayu akan terus kekal sebagai bahasa ilmu kerana ia menunjukkan potensi yang cerah untuk terus kekal sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu  telah  membuktikan   dan  keupayaan  sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.
 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar
Fungsi kedua bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di sekolah sejak sekian lama. Ia telah menjalankan fungsinya sebagai  bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah. Bahasa Melayu mula berperanan penting sebagai bahasa pengantar sejak Penyata Razak (1956) dilaksanakan. Dalam laporan itu dan Laporan Rahman Talib telah menegaskan bahawa bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, sama ada di peringkat rendah mahupun  menengah, termasuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan, atau pun di peringkat universiti. Hingga ke hari ini, bahasa Melayu  bukan sahaja telah menjadi bahasa pengantar di sekolah malah di maktab, politeknik, dan universiti.
      Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu. Ratusan tesis dan disertasi pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam Bahasa Melayu, malahan ratusan profesor telah menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu dalam Bahasa Melayu. Semua perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia. Tidak syak lagi bahawa Bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan dan keupayaan sebagai bahasa penganrat dan bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.
        Bahasa Melayu berperanan sebagai alat pengisian fikiran dan melahirkan pendapat. Ini bersesuaian dengan nilai-nilai aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia iaitu nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju melalui sistem pendidikan serta membantu mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global. Ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.                                                         

3


 Bahasa Melayu Sebagai Komunikasi
     Fungsi bahasa Melayu di sekolah seterusnya, adalah sebagai bahasa komunikasi. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi atau bahasa perhubungan di antara pelajar-pelajar di sekolah. Ini disebabkan bahasa ini mudah dipelajari dan telah sekian lama menjadi lingua franca penduduk.  Bahasa Melayu memainkan peranannya sebagai pembinaan jati diri dan mempunyai ikatan yang erat dengan emosi.
     Selain daripada itu disebabkan juga budaya berbahasa yang secara relatifnya seragam. Kejayaan dan kepentingan semua ini dapat dilihat oleh pihak sekolah yang berperanan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan mengajar generasi masa kini menggunakan bahasa Melayu. Melalui bahasa Melayu juga prasangka buruk antara kaum dapat dielakkan. Pelajar-pelajar yang berbilang kaum dapat berhubung dengan selesa
menggunakan satu bahasa yang difahami bersama. Selain daripada itu, bahasa Melayu juga amat penting untuk hal ehwal pembinaan sebuah institusi pendidikan yang berkesan yang dapat menghubuangkan semua warga sekolah yang berbilang bangsa.. Hal ini kerana bahasa
Melayu amat penting untuk mengeratkan perhubungan dalam pembinaan konsep kebangsaan dan kenegaraan yang dikenali sebagai Malaysia. Sesungguhnya perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi amat penting untuk menyatukan roh bangsa, asas jati diri dan citra bangsa selain daripada untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan.
      Sistem Pendidikan Kebangsaan telah mengalami evolusi  sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Peranan bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Malaysia dilihat cukup penting sekali. Ini terbukti di dalam Laporan Razak 1956 menyebutkan peranan yang dimainkan oleh bahasa Melayu dalam kata-kata berikut, “kami berpandu kepada maksud hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negeri ini dengan tiada merosakkan atau menyekat bahasa dan kebudayaan bangsa lain yang diam di negeri ini”. Penyata Rahman Talib pula telah mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.




4
 Kepentingan Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan 
 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
     Kerajaan telah memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia, dan mulai tahun 1970 bahasa Melayu telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di skolah-sekolah secara berperingkat-peringkat.Manakala, Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) yang merupakan sebuah badan berkanun telah dipertanggungjawabkan untuk memajukan dan memperkaya bahasa Melayu. Kepentingan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi adalah berpaksikan pada Perkara 152 Perlembagaan persekutuan, selain daripada Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan yang ada.
     Bahasa Melayu dapat membentuk satu rupa bangsa yang mempunyai identiti keperibadian yang amat membanggakan dapat menunjukkan kesetiaan kepada negara, memupuk ciri-ciri pengenalan rakyat yang relative seragam, penyatuan kaum dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang berkesan.  
     Bahasa Melaui telah menunjukkan kepentingannya sebagai bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan suatu bangsa dan negara unik dan bahasa tersebut menjadi lambang jati diri warganegara dan bukti tentang kedaulatannya yang membolehkan sebuah negara setaraf dengan negara berdaulat yang lain. 

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
     Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang bersifat dinamik dan mudah difahami dapat mendukung pelbagai bidang. Kepentingannya dalam sistem pendidikan bukan saja dapat dilihat dalam bidang ilmu malah juga dalam pelbagai bidang lain seperti, perhubungan, pentadbiran awam,  urusan perniagaan dan dalam semua upacara rasmi. Pada 1 September 1967 bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi persekutuan Malaysia, apabila parlimen meluluskan undang-undang perasmiannya dan telah diistiharkan melalui titah Diraja.
      Usaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi telah menghadapi pelbagai rintangan, dan halangan. Dengan itu, kerajaan telah mengeluarkan surat pekeliling Am No 12, tahun  1967 untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu secara rasmi. Bahasa Melayu telah di gunakan untuk tujuan-tujuan rasmi. Dalam pentadbiran, bahasa pengantar di sekolah-sekolah serta dalam ucapan-ucapan rasmi dan surat-menyurat rasmi kerajaann yang meliputi semua jabatan kerajaan persekutuan dan negeri, Hingga kini bahasa Melayu semakin teguh sebagai bahasa rasmi.
5


 Bahasa Melayu Sebagai Medium Perpaduan
     Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan juga dilihat sangat penting iaitu ia bertindak sebagai media pemersatu atau perpaduan masyarakat berbilang kaum  dan masyarakat majmuk. Pengertian bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dapat diertikan sebagai bahasa yang dapat menyatukan suara yang menjadi alat perhubungan di negara ini.
     Penggunaan bahasa Melayu semakin meluas selaras dengan pendidikan kebangsaan bermula di sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya di peringkat pengajian tinggi. Pemupukan semangat kewarganegaraan dan nilai murni dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah dapat membina semangat bangga dan cintakan negara dalam satu wawasan budaya. Oleh yang demikian bahasa Melayu berperanan penting bukan saja untuk memenuhi keperluan manusia tetapi juga dapat meningkatkan perpaduan antara kaum.
    Bahasa Melayu telah dapat membantu merealisasikan dasar-dasar kerajaan khusus untuk memupuk perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Bahasa Melayu yang diucapkan oleh semua warganegara digunakan sebagai bahasa perpaduan antara kaum dan dapat menimbulkan perpaduan melalui bahasa. Hubungan antara kaum dapat dieratkan dan secara tidak langsung bahasa Melayu dianggap penting sebagai alat perpaduan bangsa. Kepentingan bahasa perpadua ini merupakan senjata paling ampuh dalam merealisasikan konsep 1 Malaysia yang bermatlamat menyatupadukan rakyat negara yang berbilang kaum ini.

Rumusan
     Fungsi dan kepentingan  bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara amat besar dan  langkah memartabatkannya perlu berterusan. Melalui Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang bertujuan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar utama di sekolah kebangsaan telah membantu menjadikan bahasa sebagai teras perpaduan. Bahasa Melayu sewajarnya dijadikan medium utama dalam pembentukan masyarakat yang ideal di negara ini, terutamanya di kalangan pelajar. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah dapat membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan sebagai alat komunikasi pelbagai kaum. Bahasa Melayu yang digunakan dalam bidang pendidikan juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan sama ada bahasa itu akan berkembang atau terus pudar.  

6



RUJUKAN
Abdullah Hassan. (1997). Bahasa Melayu Sebagai bahasa ilmu dan esei-esei lain. Shah 
       Alam: Fajar Bakti.

Darwis Harap. (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Melayu. Pulau Pinang: Penerbit USM

Kamus Dewan edisi keempat. (2005). Ku ala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Teo Kok Seong. (2006). Bahasa Kebangsaan Dan Bahasa Rasmi: Dua Konsep Yang
       Berbeza.  Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka

Sulaiman Masri. Abdullah Yusof dan Mohd Ra`in Shaari. (2007). Bahasa Melayu Dimensi
       Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn 
       Bhd.








.



7
     TUGASAN BAHAGIAN B
Dua bidang utama yang wujud daripada tatabahasa ialah morfologi dan sintaksisi. Permasalahan masih wujud tentang kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid dalam bilik darjah sama ada lisan mahupun penulisan.
JAWAPAN
Pengenalan
     Menurut Kamus Dewan (2006), tatabahasa adalah pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat yang melibatkan penyusunan kata-kata dalam ayat. Tatabahasa adalah peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana ianya bergabung dengan perkataan-perkataan untuk menghasilkan ayat yang gramatis. Perkataan dan rangkaikata disusun mengikut struktur serta menuturkannya dengan sebutan yang betul agar pengucapan menjadi bermakna. Tatabahasa secara umumnya, mengandungi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi merangkumi kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan.  Manakala Sintaksis pula merupakan kajian tentang pembentukan ayat. Pengajaran tatabahasa adalah untuk membolehkan murid-murid bertutur dengan lancar, terang dan mudah difahami oleh orang lain.serta membolehkan murid menggunakan frasa dengan jelas dan tepat.

Konsep Tatabahasa
   Definisi  morfologi Menurut Asmah Hj Omar (1993), menyatakan morfologi sebagai peninjauan linguistik yang menitikberatkan hubungan antara morfem-morfem dan varian morfem. Menurut Kamarudin Hj Husin (1997) morfologi adalah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan pergolongan kata. Bentuk ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata. Menurut Abdullah Hassan  (2007) morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk.  Bentuk perkataan ialah morfem dan kata.  Manakala menurut Raminah Hj Sabran dan
8
Rahim Syam (1985),  bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.
     Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh di atas, morfologi adalah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi  ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna.  Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula adalah proses penjenisan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi  dengan  anggota lain dalam golongan yang sama.                                  
      Dalam morfologi, unit terkecil  yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Morfem dan kata adalah suatu yang berbeza dari segi fungsi dan konsep. Morfem ialah unit yang terkecil yang menjadi  unsur perkataan. Jika tidak dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata itu terdiri daripada satu unit atau satu morfem.
     Morfem terbahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat/ imbuhan. Morfem bebas boleh berdiri sendiri, misalnya makan, kedai, jalan, atau lihat kesemua perkataan ini membawa maksud sendiri. Morfem terikat/ imbuhan terbahagi kepada awalan, imbuhan ditambah pada bahagian awal depan kata dasar. Contohnya melihat. Pada akhiran, ditambah pada belakang kata dasar, misalnya perkataan makanan. Pada sisipan, diselit di antara unsur kata dasar seperti telapak (tapak). Apitan, ditambah serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per…an dalam perkataan perjalanan. Dalam bahasa Melayu terdapat dua kata kumpulan iaitu kata isian dan kata tugas. Kata isian ialah kumpuan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata tugas pula adalah kumpulan kata tertutup contohnya dan itu, ini, walaupun, amat dan sebagainya.
     Sintaksis pula merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat.  Istilah sintaksis berasal daripada perkataan Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan” dan “tattein” yang bererti ‘menempatkan bersama-sama”. Jadi, sintaksis dapat diertikan sebagai “penempatan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat”. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009) Sintaksis
9
merujuk bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Secara ringkasnya, sintaksis ialah ilmu mengkaji ayat. Sintaksis juga mengkaji hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ayat adalah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.

      Ayat
     Menurut Arbak bin Othman (1985), ayat dari sudut ilmu bahasa huraian, bermaksud sebarang pengucapan yang dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, iaitu suatu unsur yang membatasi sesuatu pengucapan itu sebagai ayat. Bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran pula, ayat dianggap sebagai suatu bentuk pengucapan yang dicirikan oleh tekanan dan nada suara serta suatu pola intonasi yang tertentu mengikut maksud yang hendak disampaikan. Ringkasnya, suatu ayat itu mestilah mengandungi suatu fikiran yang sempurna.
     Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contoh: Zainab sedang mengemas rumah.  Ayat ini, terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Zainab sedang dan bahagian (ii) mengemas rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
     Dalam ayat mengandungi frasa iaitu suatu binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan  atau jika hanya terdapat satu perkataan, ia berupaya untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh diecahkan kepada subjek atau predikat. Frasa boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosenrtik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik mengandungi satu unsur  inti, yang mewakili seluruh frasa. FN, FK, dan FS ialah frasa endosentrik. Keadaan ini disebabkan kata nama, kata kerja dan kata sifat atau kata adjektif boleh menjadi unsur  inti setiap frasa. Contohnya, sepasang baju biru (FN. Inti frasa ini ialah baju, jenis kata nama).

10
     Frasa eksosentrik pula ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inticontohnya, ke kedai dan di pejabat. Kewujudan sendi nama di bergantung pada pejabat dank e kepada kedai. Oleh yang demikian, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung kepada unsur luaran.
      Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat bagi menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan.

Analisa kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid di dalam bilik darjah.
   Kemahiran lisan dan penulisan merupakan aspek kemahiran berbahasa yang penting.    Tidak semua pelajar dapat menguasai aspek tatabahasa. Dalam pengajaran tatabahasa terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh murid sama ada dalam lisan atau penulisan. Kesalahan bahasa pelajar terjadi secara menyeluruh di sekolah-sekolah dalam aspek kemahiran lisan dan penulisan (Hamdan Abdul Rahman,1980. Kesalahan bahasa tulisan pelajar berkisar dari masalah ejaan hingga kepada masalah kesalahan morfologi (kata) dan Sintaksis (ayat) (Awang Sariyan, 1980). Kemahiran lisan yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat serta membolehkan penyampaian  pesanan dan fikiran dengan berkesan. Kesalahan dalam tatabahasa khususnya dalam aspek lisan dan penulisan memang kerap berlaku. Keadaan ini lazimnya disebabkan kecuaian dan kegagalan murid mengaplikasikan sistem atau peraturan  dalam tatabahasa sama ada secara lisan atau tulisan.

     Dua Kesalahan Morfologi
1.          Masalah pertama yang lazim dihadapi oleh murid sekolah ialah masalah imbuhan. Maksud kesalahan yang dihadapi itu ialah penggunaan imbuhan kepada kata- kata dasar tertentu.  Antara kesalahan tersebut adalah, masalah menggabungkan unsur-
11
unsur morfofonemik iaitu kesukaran untuk menggabungkan bunyi atau bunyi-bunyi akhir daripada sesuatu imbuhan menurut bunyi pertama kata dasar yang diberi imbuhan sama ada berupa gantian atau tambahan dalam proses pembentukan kata.
Masalah tersebut merupakan kesukaran memilih unsur-unsur tambahan untuk unsur gantian atau sebaliknya.
 Contohnya;
Perkataan                        kesalahan                      sepatutnya
faham                               memfahami                     memahami
kata                                  mengkatakan                   mengatakan
pasti                                 memastikan                     mempastikan
penuh                               mempenuhi                     memenuhi

2.    Selain daripada itu, terdapat juga kesalahan yang dilakukan oleh murid untuk menentukan bentuk-bentuk imbuhan yang selalu ditukar dengan imbuhan yang lain. Masalah penggantian juga boleh melibatkan penambahan atau penghilangan sesuatu imbuhan. Kesalahan- kesalahan berikut merupakan kesalahan menggantikan kata kerja yang menerima awalan ber dengan perkataan yang sama dasarnya tetapi diberi imbuhan awalan me
Kata dasar                               kesalahan                        sepatutnya
 teriak                                         meneriak                          berteriak
      cerita                                          mecerita                           bercerita
renang                                        merenang                          berenang
rasa                                             merasa                              berasa

12
Contoh ayat berikut meunjukkan kesalahan pada ayat;
-          Amin berdiri di tengah sawah sambil meneriak. Penggunaan meneriak dalam ayat itu adalah salah. Ayat yang benar ialah; Amin berdiri di tengah sawah sambil berteriak.
Dua kesalahan sintaksis
1.     Kesalahan yang sering dilakukan oleh murid dalam membina ayat ialah berkaitan dengan masalah penggunaan perkataan-perkataan terbitan imbuhan-imbuhan tertentu iaitu kesukaran menggunakan suatu bentuk perkataan yang diterbitkan oleh imbuhan tertentu dalam ayat. Imbuhan me – seharusnya digunakan dalam ayat sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan terbahagi. Kesalahan imbuhan me- dalam ayat adalah seperti berikut;
Kata kerja terbitan me- transitif digunakan sebagai kata kerja terbitan tak-transitif. Kesalahan penggunaan yang dapat dikesan pada perkataan menolong seperti dalam ayat berikut,
     Saya  suka menolong  di dalam rumah. Perkataan menolong telah di salah guna tanpa penyambut.  Ayat yang benar adalah, Saya suka menolong ibu di dalam rumah. Kesalahan-kesalahan lain adalah seperti berikut:
           memakai                     untuk                 memakainya
           membaca                     untuk                membaca (sesuatu)
           menyara                      untuk                 menyara (keluarga)
           menunggu                   untuk                 menunggu (seseorang)

2.          Kata kerja terbitan me- terbahagi transitif digunakan sebagai kata keja tak-  
transitif.
      Kesalahan yang dilakukan adalah;
i.                    Perkataan terbitan me-…..i transitif digunakan sebagai kata kerja tak- transitif, seperti
menghendaki                sepatutnya             menghendakinya
menikmati                     sepatutnya               menikmatinya

13
Contoh penggunaan di dalam ayat adalah seperti berikut;
-          Harga  rumah banglo itu akan naik melambung tinggi memandangkan begitu ramai orang yang menghendaki. (salah)
Ayat tersebut sepatutnya ditulis seperti berikut;
 Harga  rumah banglo itu akan naik melambung tinggi memandangkan begitu ramai orang menghendakinya. (benar)

ii.                  Perkataan terbitan me….kan transitif digunakan sebagai kata kerja tak transitif, seperti:
mendedahkan                sepatutmya              mendedahkan aurat
                        memasyhurkan               sepatutnya              memasyhurkan negara
Contoh penggunaan dalam ayat seperti yang terdapat di dalam ayat berikut;
-          Pakaian yang tidak patut dipakai oleh seseorang ialah pakaian yang mendedahkan. (salah)

Ayat tersebut sepatutnya adalah,
-          Pakaian  yang tidak patut dipakai oleh seseorang ialah pakaian yang mendedahkan aurat. (benar)







14
Rumusan.

    Kesalahan-kesalahan yang telah dihuraikan kerap dilakukan oleh murid sama ada secara lisan atau dalam penulisan. Dua kesalahan morfologi dan dua lagi kesalahan sintaksis di atas terlalu kerap dilakukan oleh murid terutama di kalangan murid tahap satu khususnya murid Tahun Dua yang baru didedahkan dangan kemahiran membina ayat sebagaimana ynag terdapatdi  dalam Standard Kandungan Bahasa Malaysia Tahun Dua, 3.3  Menulis dan membina  perkataan, frasa dan ayat dengan betul. Kesalahan yang dilakukan oleh murid, jika tidak dibimbing akan menyukarkan murid menguasai kemahiran lisan dan penulisannya. Walaupun demikian kesilapan  yang kerap dilakukan  oleh murid mungkin disebabkan pengaruh pertuturan di rumah atau bahasa ibunda, pengaruh analogi berkaitan pembentukan perkataan-perkataan yang dipengaruhi bahasa loghat atau bahasa pertuturan seharian serta kesukaran murid sendiri mengenali fungsi imbuhan serta pembentukan perkataan-perkataan bahasa Malaysia.











15

Rujukan.
Abdullah Bin Hassan. (2004). Tatabahasa Bahasa Melayu (Morfologi dan Sintaksis).
       Pahang : PTS Punlications & Distributions Sdn. Bhd.
Adenan Bin Ayob dan Khairuddin Bin Mohamad. (2012). Keadah Pengajaran Bahasa
       Melayu. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Arbak Bin Othman. (1995). Mengajar Tatabahasa, Kuala Lumpur; Dewan bahasa Dan 
            Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia.

Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu Muktahir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan 
           Pustaka
      Kamus Dewan edisi keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Nik Safiah Haji Karimet al  . (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
       Dan Pustaka
Sulaiman Masri & Ahmad Khir Mohd Nor.(2002). Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna.
       Kuala Lumpur: Utusan Publcations and Distributions Sdn Bhd.




16

No comments:

Post a Comment

Pilih Radio Anda