KBK
3073 :MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
TAJUK ESEI ILMIAH
TAJUK ESEI ILMIAH
|
DISEDIAKAN OLEH
NAMA
|
NO. ID
|
NO. TELEFON
|
HAMIDAH BINTI MAAROF
|
D20112052717
|
0196371610
|
PUSAT PEMBELAJARAN : EL. J03 (A122PJJ)
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR.
NOOR AINI BINTI AHMAD
TARIKH SERAH : 27. APRIL 2013
BIL
|
ISI KANDUNGAN
|
MUKASURAT
|
1
2
3
|
Jawapan Bahagian
(a)
Pendahuluan
Ciri-Ciri
Kanak-Kanak Hiperaktif
Ciri-Ciri
Hiperaktif Sensory Hyperaktif
Ciri-ciri
Motor Hiperaktif
Ciri-ciri
Intelek
Ciri-ciri
Perkebangan Sosial
Ciri-Ciri
Tingkahlaku
Ciri-Ciri
Perkembangan Motor
Punca-Punca
Berlakunya Hiperaktif
Jawapan
Bahagian (b)
Model
Perubatan
Model
Sosial
Jawapan
Bahagian (c)
Pendekatan Pengajaran
Dan Pebelajaran Yang Berkesan Untuk Kanak-kanak Hyperaktif
Pendekatan
Konstruktivise Sosial
Pendekatan
Rangsangan
Kesimpulan
Bibliografi
|
1
2 hingga 5
5 hingga 9
10 hingga15
16 hingga 18
19
20
|
TUGASAN 1
SOALAN (a):
Ciri-ciri
dan penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan hiperaktif
(Attention Deficit Hiperactivity Disorder / ADHA)
Jawapan:
Pendahuluan.
Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan
atau
Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) merupakan penyakit psikiatri
yang paling banyak berlaku di kalangan kanak-kanak sekolah. Penyakit ini
selalunya banyak dikesan oleh guru sekolah berbanding ibu bapa disebabkan oleh
tingkah laku kanak-kanak ini yang berlainan dan jauh berbeza dengan
pelajar-pelajar lain ketika di dalam kelas.
Kanak-kanak berkeperluan khas, seperti kanak-kanak hiperaktif
merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan
dan kelemahan yang ada bersama mereka. Kanak-kanak khas juga merujuk
kepada kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa berdasarkan
ciri-ciri mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi, ciri-ciri fizikal
ataupun tingkah laku sosial (Jamila ,2005). Perbezaan ini mencapai tahap yang
mana kanak-kanak memerlukan pengubahsuaian dalam aktiviti-aktiviti
sekolah ataupun perkhidmatan khas bagi membolehkannya berkembang pada tahap
maksimum.
1
2.0
Ciri-Ciri Kanak-Kanak Hiperaktif
Kanak-kanak hiperaktif mempunyai ciri-ciri
yang berbeza dengan kanak-kanak lain Terdapat
2 jenis ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif menurut William Cruickshank
iaitu,
2.1 Ciri-ciri
hiperaktif Sensory Hyperactive (pancaindera)
Lemah dan gagal memberi tumpuan.
Kanak-kanak ini pada kebiasaannya lemah dalam pelajaran tetapi lebih suka
bermain dan mempunyai pemikiran yang sentiasa tertumpu kepada sesuatu yang
menarik, menghiburkan walaupun cuma seketika. Kanak-kanak jenis ini selalunya
tidak dapat memberi tumpuan yang baik dalam menjalani proses pembelajaran.
Mudah hilang tumpuan. Kanak-kanak ini
hanya dapat menumpukan tumpuan seketika sahaja ketika dalam prosesn pembelajaran.
Selalunya mereka akan mengalihkan tumpuan kepada sesuatu yang lebih menarik
perhatian mereka. Selain daripada itu kanak-kanak ini juga menunjukkan
ciri-ciri tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali.
Selain daripada itu kanak-kanak ini juga
menunjukkan ciri-ciri tidak boleh membuat gambaran, pengasingan dan tidak dapat
menyatakan perkaitan atau perhubungan. Pada kebiasaannya mereka gagal untuk
membayangkan sesuatu objek, dan tidak dapat membezakan atau menghuraikan sesuatu
yang berhubungkait.
Kanak-kanak hiperakrif juga menunjukkan
ciri-ciri yang agak lemah dalam hal-hak yang berkaitan dengan ruang iaitu,
mereka tidak dapat membezakan suasana dan keadaan persekitaran dari segi saiz,
jarak dan keadaan ruang.
2.2 Ciri-ciri
Motor Hiperaktif (motor kasar dan motor halus).
Kanak-kanak yang tergolong dalam
hiperaktif jenis ini menunjukkan tingkahlaku yang aktif dan melampau.
Kanak-kanak ini ini terlalu aktif dalam aktiviti
2
kehidupannya.
Kanak-kanak ini tidak boleh duduk diam dan sikap mereka agak agresif dan sering
menimbulkan pergaduhan.
Kanak-kanak hiperaktif biasanya
memanipulasikan bahan atau apa saya yang dapat dipegang. Mereka selalunya
mencuba pelbagai cara seperti memukul, menghentak atau membaling ke arah
sasaran yang berhampiran.
Selain daripada itu kanak-kanak hiperaktif
juga menunjukkan ciri-ciri lain yag dapat membezakan mereka dengan kanak-kanak
lain.
2.3 Ciri-ciri intelektual
kanak-kanak
hiperaktif juga berbeza dengan kanak-kanak biasa. Mereka mudah terganggu.
Mereka ini terganggu berpunca dari orang lain dan adakalanya berpunca dari diri
mereka sendiri. Mereka juga tidak dapat menumpukan perhatian terhadap sesuatu
perkara. Kanak-kanak ini biasanya tidak dapat memberi tumpuan pada pengajaran guru,
sebaliknya terlalu memikirkan perkara lain. Mereka jua menunjukkan ciri-ciri
yang tidak boleh menyiapkan kerja atau tugasan. Kanak-kanak ini tidak dapat
menyiapkan kerja sendirian. Adakalanya
kerja mereka hanya dapat dilakukan pada peringkat awal sahaja akan tetapi
mereka tidak dapat menyiapkan kerana berasa bosan dan berasakan terlalu
memenatkan dan menyusahkan.
Kanak-kanak hiperaktif ini juga tidak
dapat menghasilkan suatu kerja yang berkualiti. Oleh kerana mereka terlalu
aktif mereka cepat bosan melakukan kerja yang diarahkan dengan sempurna.
Ciri-ciri lain ialah mereka gemar melakukan aktiviti namun demikian hanya
sedikit sahaja yang siap. Ini disebabkan sikap mereka yang gemar pada sesuatu
tetapi bersifat sementara sahaja. Mereka ini gemar melakukan aktiviti yang
ringkas dan pendek tetapi naluri mereka yang mudah-berubah-ubah dan tidak suka
melakukan aktiviti yang memenatkan.
Perkembangan bahasa kanak-kanak ini juga
agak lambat. Ini disebabkan mereka terlalu aktif, menjadikan perkembangan perkembangan
intelek termasuk perkembangan bahasa mereka terbantut. Sikap mereka yang selalu
memngganggu
3
orang
dan sentiasa suka bermain mambuatkan mereka mengalamai masalah perkembangan
bahasa dan peruturan mereka terjejas dan mereka tidak dapat berbahasa dengan
baik.
2.4. Ciri-ciri
perkembangan sosial
kanak-kanak hiperaktif pula menunjukkan mereka
menjadi individu yang mudah bosan dan tidak dapat menumpukan kepada tudas atau
tanggungjawab yang perlu dibereskan. Mereka juga merupakan seorang yang tidak
memahami orang lain mereka tidak mempunyai perasaan empati kepada orang lain.
Mereka mempunyai masalah auditori. Ini bermaksud mereka boleh mendengar dengan
baik akan tetapi mereka tidak dapat memahami setiap bunyi yang didengari.
Kanak-kanak hiperaktif ini merupakan seorang yang pelupa dan tumpuan mereka
pada sesuatu perkara mudah terganggu.
2.5. Ciri-ciri
tingkahlaku
Kanak-kanak hiperaktif pula menunjukkan
mereka mempunyai pelbagai ciri-ciri yang dapat dikenalpasti antaranya ialah
mereka suka memberontak,bertindak sebelu berfikir, memerlukan keputusan dengan
segera, tidak sabar menunggu giliran, gemar menganggu kawan, suka mencuri.
Sentiasa bermasalah dan selalu merosakkan harta benda orang. Selain daripada
itu kanak-kanak hiperaktif ini juga selalu bergaduh dengan rakan, suka membuat
bising dan adakalanya berani bertindak mencederakan diri sendiri dan orang
lain. Mereka juga berkelakuan secara
tiba-tiba, degil dan sukar dikawal, lemah merancang serta memerlukan perhatian
yang lebih. Mereka biasanya tidak suka mendengar nasihat, tidak tahu
mempertahankan diri, selalu tukar aktiviti, tidak suka dibelai, suka
menjerit-jerit, sensitif terhadap bau-bauan dan suka bermain tanpa mengira
bahaya.
4
2.6. Ciri-ciri
perkembangan motor
Kanak-kanak hiperaktif juga mendapati
mereka sentiasa berasa risau, resah dan gelisah apabila tidak dapat melakukan
sesuatu perkara yang mereka suka. Ketika sedang bersendirian, mereka gemar
mengelamun, berkhayal dan apabila mereka tersedar dari lamunan mereka akan mengaplikasikan
3.0
Punca-Punca
Berlakunya Hiperaktif
Hasil kajian oleh doktor perubatan moden
sukar menentukan punca atau penyebab sindrom ini namun menurut mereka sindrom
ADHD ini melibatkan faktor genetik. Menurut mereka ADHD berlaku di sebabkan perubahan
kimia yang dipanggil neurotransmitter pada otak dan ada juga yang berpendapat
saiz otak kanak-kanak penghidap ADHD lebih kecil daripada otak normal diantara
5-10%. Ada juga yang menyatakan ibu yang merokok ketika hamil boleh menyebabkan
kanak-kanak hiperaktif.
3.1.Faktor
genetik
Faktor
genetik adalah merupakan faktor semula jadi yang memainkan peranan yang amat
besar dalam terjadinya gangguan perilaku hiperaktif. Jika kita lihat pada
faktor genetik, sudah tentu ia mempunyai hubungan antara anak dengan ahli
keluarga sama ada ibu bapa ataupun saudara mara. Dalam hal ini, ibubapa atau
saudara mara yang mengalami masalah hiperaktif pada usia kecilnya besar
kemungkinan akan diwarisi oleh anak-anak mereka juga. Terdapat sesetengah
hiperaktif adalah dipengaruhi oleh
faktor genetik. Seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak anak
lelaki mereka. Oleh itu, keadaan ini telah menjadikan kanak-kanak lelaki lebih
cenderung mengalami hiperaktif sebanyak tiga kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan
(Zuhayati yazid, 2009). Selain daripada itu, kembar yang lahir juga besar
kemungkinan akan menghadapi masalah hiperkatif.
5
3. 2. Faktor Neurologik
Faktor neurologik adalah merupakan faktor
sekeliling yang telah menganggu ibu semasa hamil. Dalam hal ini, ibu hamil
yangmengalami pelbagai masalah seperti gangguan otak akibat sulit saat
kelahiran, penyakit berat, cedera otak dan sebagainya secara tidak langsung
turut menganggu perkembangan bayi. Hal ini seterusnya akan menyebabkan anak
yang lahir apabila mencapai satu tahap umur akan mengalami masalah hiperaktif.
Masalah hiperaktif yang tinggi besar kemungkinan akan dialami oleh bayi yang
lahir dengan masalah-masalah prenatal seperti lamanya proses persalinan,
distress fetal, dan sebagainya dibandingkan dengan kehamilan dan persalinan
yang normal. Hal ini berlaku ekoran daripada masalah-masalah seperti berat bayi
yang lahir dengan berat badan yang rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang
merokok dan meminum alkohol yang seterusnya mempengaruhi anak-anak untuk
berpotensi mengalami masalah hiperaktif (Norman Supadma, 2009).
Menurut Raihanah Abdullah ( 2004) pula,
tekanan perasaan yang dialami oleh ibu semasa hamil dan lemas ketika proses
bersalin akan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko hiperaktif. Menurutnya
lagi, jika wanita hamil berasa tertkan sama ada di rumah mahupun di pejabat
ketika proses kehamilan, secara tidak langsung bayi yang dikandung akan
terdedah dengan pelbagai risiko negatif. Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat
perhatian suami dan terlalu emosional sekaligus akan mendedahkan anak yang
dikandung kepada risiko hiperaktif. Dalam konteks ini, faktor neurologik adalah
merupakan masalah-masalah yang dihadapi oleh ibu semasa hamil dan kesannya akan
mempengaruhi bayi tersebut.
3.3
.Faktor Kelahiran Pramatang
Faktor kelahiran pramatang atau
bayi yang dilahirkan tidak cukup berat serta mengalami kecederaan pada otak
semasa dalam kandungan juga dikatakan faktor atau punca kepada masalah
hiperaktif.
6
Kebiasaannya
kanak-kanak hiperaktif ini boleh memahami dan berfikir tetapi sukar
untuk
memberi tumpuan atau perhatian. Oleh sebab itu kanak-kanak ini sukar untuk
bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik. Masalah hiperaktif
merupakan masalah yang Tiada siapa tahu apakah punca ADHD.
3.4. Faktor Kultural dan Psikologi
Terdapat
tiga jenis faktor yang akan dibincangkan di bawah faktor kulturul dan faktor
psikologi iaitu pemanjaan, kurang disiplin dan pengawasan dan orientasi
kesenangan.
a)
Faktor pemanjaan
Menurut
Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007), pemanjaan adalah merupakan perilaku yang
memperlakukan anak terlalu manis, memujuk-mujuk makan, membiarkan sahaja dan
sebagainya. Menurutnya lagi, anak yang sering diperlaku manja akan sentiasa
ingin memperdayakan orang tua mereka untuk memperoleh apa yang mereka inginkan.
Cara ibu bapa yang salah dalam mendidik anak-anak dengan terlalu memanjakan
mereka telah menjadikan anak-anak sering melakukan sesuatu dengan kehendak hati
mereka. Dalam konteks ini, anak-anak yang terlalu dimanjakan oleh ibu bapa akan
menyebabkan mereka selalu ingin memilih cara sendiri supaya segala yang mereka
inginkan dapat dipenuhi oleh ibu bapa mereka.
Keadaan seperti ini telah mendorong
anak-anak menjadi seorang yang hiperaktif dengan bertindak diluar batas orang
tua. Natijahnya, perilaku kanak-kanak seperti itu akan menjadi kebiasaan kepada
mereka dan tidak hairanlah kalau perilaku seperti itu terbawa-bawa oleh mereka
di dalam kelas ataupun sekolah. Oleh itu, jelaslah disini bahawa faktor pemanjaan
merupakan salah satu faktor yang menjadikan anak hiperaktif di dalam kelas
kerana telah terbiasa dengan perilaku melampaui batas di dalam rumah yang tidak
mendapat larangan oleh ibu bapa.
7
b)
Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan
Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan
juga antara faktor yang mampu mewujudkan masalah hiperaktif pada anak-anak.
Pada hakikatnya, faktor ini pula merupakan faktor dimana kanak-kanak terlalu
kurang diberikan perhatian dan pengawasan yang agak berbeza dengan kanak-kanak
yang terlalu dimanjakan. Namun begitu, kesan daipada kedua-dua faktor ini telah
menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah hiperaktif. Keadaan seperti ini akan
menyebabkan anak-anak melakukan sesuatu dengan sesuka hati dan
sewenang-wenangnya tanpa dijaga dan dibatas perbuatannya. Jika anak-anak
diberikan kebebasan yang tidak terbatas di dalam rumah dengan membuat
perkara-perkara mengikut suka mereka, maka tidak hairanlah jika mereka akan
mempraktikkan perbuatan itu di tempat lain khususnya di dalam sekolah.
Seterusnya, perbuatan tersebut akan
menyukarkan pihak lain yang tidak biasa dengan sikap hiperaktif anak-anak di
dalam sekolah. Pada hakikatnya, kanak-kanak yang mempunyai sifat yang nakal dan
terlalu lasak boleh dikawal dan disiplinkan. Namun begitu, sifat ibu bapa yang
tidak mempedulikan tingkah laku kanak-kanak menyebabkan mereka menjadi anak
yang tidak mendangar kata, asyik dengan aktivitinya sendiri, terlalu resah,
tidak boleh duduk diam hampir di semua situasi samada di sekolah,di klinik dan
di rumah dan sebagainya serta tidak boleh menumpukan perhatian kepada
pembelajaran (Hamid BinArshat, 2010).
c)
Orientasikan kesenangan
Anak yang memiliki keperibadian yang
berpotensi kesenangan umumnya akan memiliki ciri-ciri hiperaktif secara sosio-psikologi
dan harus dididik agak berbeza agar mahu mendengarkan dan menyesuaikan diri
(Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007). Dalam hal ini, kanak-kanak ini akan sering
menginginkan kesenangan untuk kepentingan dan keinginan diri sendiri.
Contohnya, kanak- kanak yang hiperaktif
8
tidak
akan mahu dihukum dengan kesusahan. Mereka juga tidak akan mempedulikan akan
aturan ataupun hukuman yang akan diterima sekiranya bersikap diluar kawalan ibu
bapa ataupun sesiapa sahaja yang berada berdekatan dengan mereka.
4.0 Pengaruh Sekolah
Sekolah juga memainkan peranan yang
penting dalam mempengaruhi masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak. Pada
hakikatnya, kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif di dalam kelas
kadang-kadang adalah disebabkan oleh masalah persekitaran, masalah
pembelajaran, bosan di dalam kelas dan sebagainya akan menyebabkan mereka
melakukan perkara-perkara mengikut kehendak hati mereka. Mereka akan
menimbulkan pelbagai masalah seperti menganggu rakan belajar, membuat bising,
tidak dapat duduk diam dan sebagainya. Dalam proses pembelajaran di dalam
kelas, mereka merasa sulit untuk duduk dengan diam di kursinya dan memusatkan
perhatian itu singkat sekali, sehingga mereka menjadi nakal dan menganggu
teman-temannya di kelas waktu guru sedang belajar. Kadang kala, mereka sedar
untuk harus mematuhi peraturan di dalam kelas, namun mereka sendiri tidak mampu
mengawal diri sehingga melakukan perkara yang tidak dapat dikawal oleh orang
lain (Mohd Faldz Ibrahim, 2007)
Namun begitu ada juga yang beranggapan, hiperaktif
bukanlah berpunca daripada faktof persekitaran oleh itu, ibu bapa tidak
sepatutnya mencari alasan-alasan yang mungkin menjadi punca ADHD. Sebaliknya,
setiap keluarga haruslah mengorak langkah ke hadapan sekali gus mengenal pasti
cara-cara yang boleh membantu anak-anak mereka mendapatkan bantuan
sewajarnya.
9
Bahagian:
(b)
Intevensi awal yang boleh dilakukan melalui model
perubatan (Medical Model) dan Model Sosial ( terhadap kanak-kanak kurang
tumpuan hiperaktif (Antention Deficit Hyperactiviy Disolder/ADHD)
Model perubatan memainkan peranan yang
penting dalam usaha untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas. Ia juga
merupakan model utama dalam mengendalikan kanak-kanak berkeperluan khas secara
berjadual dan sistematik.
Model perubatan ini diasaskan berdasarkan
kepada pandangan bahawa semua masalah yang melibatkan pendidikan adalah
berpunca daripada kecelaruan organik atau penyakit. Menurut Cole & Chan
(1990), model ini mengandaikan penyakit adalah penyebab penting masalah dalam
pendidikan dan tingkah laku. Kerosakan saraf, kesilapan biologi dan faktor
genatik dianggap sebagai asas kepada punca kecacatan selain dari faktor
persekitaran juga dipecayai boleh menjadi punca kanak-kanak bermasalah
pembelajaran.
Kanak-kanak khas perlu diberi perhatian
dan dibantu agar mereka juga mendapat pendidikan seperti kanak-kanak norma
lain. Di peringkat awal, kanak-kanak
khas perlu menjalani ujian diagnosis secara komprehensif sebelum mereka melalui
sebarang intervensi pendidikan khas. Ujian diagnosis ini perlu bagi
memahami keadaan biologikal serta fizikal mereka. Melalui ujian, tahap
keupayaan mereka dan permasalahan yang dihadapi dapat dikesan sama ada mereka autisme, cacat pendengaran,
hiperaktif dan sebagainya. Sekiranya sebarang masalah kecacatan dapat dikesan
lebih awal, tindakan akan dapat dijalankan bagi menangani masalah ini .
Dalam situasi begini, Pakar perubatan yang
mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang perubatan memainkan penting untuk
mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak serta mengesan punca masalah
kecacatan untuk memulihkan kecacatan tersebut. Pediatrik pula bertanggungjawab
untuk mendiagnostik dan
10
merawat
penyakit kanak-kanak dan mengesan punca masalah pembelajaran seperti genetik,
kewarisan, prenatal dan postnatal.
Kanak-kanak hiperaktif dan mempunyai
masalah menumpu perhatian dapat dikawal dengan memberikan ubat tertentu seperti
‘ Ritalin’. Ubat ini sedikit sebanyak
dapat mengawal keaktifan kanak-kanak dengan mengurangkan masalah
tingkah laku mereka.
Kanak-kanak yang telah dari awal lagi menjalani rawatan, sebelum
memasuki alam persekolahan dengan mudah dapat menerima proses pembelajaran berbanding
kanak-kanak yang tidak mendapat perhatian dan rawatan dari peringkat awal.
Mereka lebih cekap mengurus diri dan
mampu mengikuti aktiviti di dalam bilik darjah. Model perubatan ini mampu
membantu ibu bapa dan guru dalam mengurus kanak-kanak berkeperluan khas bagi
menjamin proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Membuat diagnosis yang lengkap
memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman memandangkan
terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan keresahan dan tingkah laku
yang tidak dapat menumpukan perhatian. Tiada ujian mudah untuk ADHD. Diagnosis
dibuat dengan mengenal pasti corak tertentu tingkah laku kanak-kanak serta
membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkah laku mereka di rumah dan di
sekolah daripada ibu bapa dan guru sekolah.
Rawatan berkesan untuk ADHD melibatkan
pendekatan multidisiplin yang melibatkan bidang perubatan, psikologi, sosial
dan pendidikan. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami ADHD memerlukan
rawatan. Ubat stimulan turut digunakan untuk merawat ADHD, tetapi tidak
bermakna akan pulih sepenuhnya. Ubat stimulan membantu kanak-kanak ADHD menjadi
tenang, dapat menumpukan perhatian dan kurang bertindak mengikut gerak hati.
Pada jangka masa berkesanan ubat stimulan, tumpuan perhatian kanak-kanak akan
bertambah untuk belajar dan menjalani latihan-latihan kemahiran yang baru.
Kanak-kanak juga dapat belajar menjalin hubungan yang baik dengan orang lain,
berfikir dengan jelas, boleh memahami pelajaran dengan lebih baik dan mampu
mengawal diri sendiri.
11
Ubat stimulan yang utama untuk
merawat ADHD adalah methylphenidate yang dijual di bawah nama dagang Ritalin.
Kesan ubat dijangka bermula dalam masa 30-60 minit dan keberkesanan ubat ini
akan luput selepas 3-4 jam. Seorang kanak-kanak mungkin memerlukan antara dua
hingga tiga dos pada setiap hari untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Namun begitu terdapat kesan sampingan yang
biasa berlaku bagi methyphenidate adalah tidak boleh tidur dan kurang selera
makan. Kesan sampingan yang jarang berlaku adalah sakit kepala, pitam atau
mengantuk, sakit perut dan biasanya semua ini dirasai apabila dos ubat semakin
luput. Apabila kanak-kanak tersebut tidak aktif atau terlalu diam, ini
menunjukkan dos yang diambil terlalu tinggi dan perlu dikurangkan.
Dengan bantuan yang sewajarnya dari ibu
bapa, guru-guru, para doktor, kanak-kanak ADHD akan mampu menangani masalah
kurang tumpuan atau hiperaktif mereka dengan lebih baik. Mereka juga dapat
menyalurkan tingkah laku hiperaktif mereka dalam suasana yang sesuai seperti
latihan fizikal atau senaman. Oleh itu, ramai yang memilih aktiviti atau
pekerjaan yang memberi mereka kebebasan bergerak. Walaupun sebahagian
kanak-kanak ADHD akan terus menunjukkan tanda atau masalah sehingga dewasa
namaun dengan menjalani rawatan perubatan dan terapi yang diikuti semasa
kanak-kanak dapat membantu mereka ketika dewasa.
Pakar perubatan yang mempunyai pelbagai
kepakaran dalam bidang perubatan memainkan penting untuk mendiagnostik dan
merawat penyakit kanak-kanak serta mengesan punca masalah kecacatan untuk
memulihkan kecacatan tersebut. Pediatrik pula bertanggungjawab untuk
mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca masalah
pembelajaran seperti genetik, kewarisan, prenatal dan postnatal. Sebagai contoh
kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah dari segi pendengaran akan dirujuk
kepada pakar audiologi untuk mengesan fungsi pendengaran. Mereka akan mengesan
masalah komunikasi dari segi pertuturan dan bahasa kanak kanak. Tugas ibu bapa
pula haruslah mematuhi nasihat dan tunjuk ajar doktor bagi membantu kanak-kanak
sebegini.
12
Selain
itu, Pakar neurologi adalah untuk mendiagnostik dan mengubati penyakit yang
berkaitan dengan neuorologikal seperti kecederaan otak. Kanak-kanak hiperaktif
dan mempunyai masalah menumpu perhatian dapat dikawal dengan memberikan
kanak-kanak ubat “ Ritalin” untuk mengawal keaktifannya.
Pada kebiasaannya, kanak-kanak yng telah
menjalani rawatan awal sebelum memasuki alam persekolahan akan mudah menerima
proses pembelajaran berbanding kanak-kanak yang dibiarkan begitu sahaja. Mereka
dapat mengurus diri dengan baik dan mampu mengikuti aktiviti di dalam kelas.
Kenyataannya model perubatan ini mampu membantu ibu bapa dan guru dalam
mengurus kank-kanak berkeperluan khas bagi menjamin proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan baik.
Manakala melalui Model sosial, juga
merupakan salah satu daripada model yang gunakan untuk mengendali atau
mengurus kanak-kanak berkeperluan khas. Model ini mengutamakan masyarakat
penyayang iaitu dengan mengenalpasti masalah dalam komuniti. Bagi memastikan
kejayaan pelaksanaan model sosial ini, prinsip usaha sama atau prinsip
kolaborasi iaitu penglibatan pelbagai pihak terutamanya pihak ibu bapa,
sekolah dan masyarakat turut sama memainkan peranan dalam program pendidikan
khas.
Penglibatan ibu bapa dalam program
pendidikan khas adalah amat penting. Mereka dapat membantu memberi sokongan
dan membina keyakinan diri kanak-kanak khas. Ibu bapa juga harus selalu bersedia
untuk berkolaborasi dengan guru pendidikan khas dengan mendengar nasihat dan
panduan guru-guru dan menghadirkan diri dalam setiap program atau
aktiviti perjumpaan yang diadakan di
sekolah. Sumbangan dan sokongan yang padu dari pihak ibu bapa sangat perlu
untuk menjayakan program pendidikan khas.
13
Peranan pihak sekolah pula dalam membantu
perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas ini ialah dengan satu bangunan
atau sekurang-kurangnya bilik khas untuk mereka dan dengan melengkapkan
infrastruktur yang serba lengkap untuk memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti yang menggalakkan interaksi dan
pergaulan antara murid-murid khas dan murid-murid biasa harus diperbanyakkan.
Aktiviti membolehkan mereka menghadapi masyarakat luar secara normal.
Manakala guru pendidikan khas yang
terlatih perlu memainkan peranan penting dalam mendidik murid-murid
berkeperluan khas dengan memberi komitmen, berfikiran kreatif, inovatif dan
imagenatif supaya dapat menarik minat murid dan dapat mengekalkan suasana
ceria dan mesra sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Kolaborasi antara semua guru pendidikan khas dengan guru biasa serta
semua kakitangan sekolah dalam melaksanakan program pendidikan khas juga
penting untuk merealisasikan aspirasi pendidikan khas.
Jabatan Kebajikan Masyarakat berperanan
menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan mengadakan
program latihan dan pemulihan diri. Pusat Dalam komuniti, Taman Sinar
Harapan, Bengkel Daya, Pusat Pemulihan merupakan antara institusi-intitusi di
bawah kelolaan jabatan yang dapat membantu menyediakan latihan dan kemahiran
untuk kanak-kanak yang dikategorikan kurang upaya anggota dan akal yang
kurang cerdas (bermasalah pembelajaran). Sumbangan daripada sektor swasta dan
badan korporat juga tidak kurang pentingnya, mereka memainkan peranan besar
dalam menjaga kebajikan orang kurang upaya.
Penglibatan ibu bapa, pihak sekolah,
pakar perubatan, Bahagian Pendidikan Khas, Jabatan Kebajikan, Badan
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat dalam menjayakan program untuk
anak-anak berkeperluan khas amat penting dan semua pihak harus berfikiran
positif serta penglibatan secara berterusan bagi menjalankan dan memantapkan
rancangan pendidikan.
|
15
c. Pendekatan Pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak- kanak kurang tumpuan
hiperaktif (Attenrion Deficit Hyperactivity Disorder / ADHD)
Pelajar yang menghadapi masalah
hiperaktif memerlukan perhatian yang lebih dari pihak ibubapa dan guru agar masalah
yang dihadapi oleh mereka ini dapat diatasi dengan sebaikanya. Masalah dalam
aktiviti pembelajaran di dalam kelas iaitu hiperaktif merupakan satu bentuk
kelemahan yang perlu ditangani dengan cara yang terbaik agar pengajaran yang
Kanak -kanak hiperaktif
sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka
merayau-merayau, tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan
guru. Kanak-kanak hiperaktif mempunyai ciri-ciri tingkah laku seperti tumpuan
perhatian yang singkat, sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak
mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta
susah dikawal dan displinkan
Terdapat juga kanak-kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri-ciri
perkembangan bahasa yang sangat lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia
tidak digemari oleh kanak-kanak lain dan dia sering berasa terasing. Kanak
-kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa
menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian
yang khusus pada murid ini sahaja.
Kanak-kanak yang mengalami masalah
hiperaktif ini tidak dapat memberi tumpuan dan sering terganggu oleh keadaan
persekitaran. Kanak-kanak yang hiperaktif dapat dikenalpasti melalui kegiatan dan
tingkah laku mereka (Scrib, 2010). Terdapat teori dan pendekatan yang sesuai
dalam mengaitkan isu pelajar yang hiperaktif seperti teori kognitif piaget dan
pendekatan konstruktivisme sosial. Faktor pelajar bermasalah hiperaktif dapat
dikenalpasti seperti faktor neurologik, faktor genetik, faktor keluarga dan
sebagainya. Sudah tentu, pelajar ini memberi masalah kepada pelajar-pelajar
lain, guru-guru bahkan dirinya sendiri.
16
Pendekatan Konstruktivisme Sosial
Pendekatan konstruktivisme sosial
merupakan satu pendekatan yang tertumpu dalam bilik
darjah. Melalui pendekatan ini akan mewujudkan pelbagai inovasi yang dapat
mewujudkan konteks sosial dalam pembelajaran antara guru dengan murid dan
antara para pelajar itu sendiri. Dengan cara ini pelajar
berpeluang untuk membina hubungan sosial, belajar kemahiran memproses informasi
bagi menguasai sesuatu ilmu dalam bilik darjah. Di samping itu juga, para
pelajar hiperaktif ini akan mempunyai peluang yang lebih banyak untuk
berinteraksi dengan rakan-rakan mereka berbanding pembelajaran yang hanya
tertumpu pada guru sahaja. Melalui proses interaksi ini akan mewujudkan minat
mereka untuk belajar sambil bermain sekaligus dapat mengurangkan kadar kurang
tumpuan mereka dalam kelas.
Antara pendekatan yang digunakan
dalam pendekatan konstruktivisme ini ialah seperti
pembelajaran berkumpulan, sumbangsaran, kolaboratif dan sebagainya yang memberi fokus
kepada tugasan yang melibatkan interaksi dan dapat mengukuhkan memori pembelajaran
kanak-kanak melalui permainan dalam pembelajaran. Selain itu juga, minda para pelajar yang hiperaktif ini
mampu berkembang melalui penerokaan idea-idea yang baru. Pembelajaran
berkumpulan juga mampu memaksimumkan kemahiran sosial, komunikasi,
interpersonal, kinestetik dan pelbagai lagi
yang dapat mengurangkan masalah kurang tumpuan dalam kalangan pelajar yang hiperaktif ini.
Guru mampu untuk menilai keupayaan,
kesungguhan dan minat para pelajar dalam
bilik darjah melalui pendekatan konstruktivisme sosial secara langsung. Oleh sebab guru dapat
memahami aspirasi, cita rasa, perasaan dan pemikiran pelajar secara langsung
maka segala pembelajaran akan berpusat kepada pelajar bagi menarik minat mereka untuk belajar. Guru hanya
17
menjadi pemerhati kepada proses
pembelajaran tersebut dan perkara ini turut
memberi ruang kepada guru untuk mengadaptasi proses pengajaran yang efektif
berdasarkan perbezaan individu pelajar tersebut.
Pendekatan Rangsangan
Piaget Jean (1869-1980) yang merupakan
seorang ahli psikologi telah berpendapat
bahawa pelajar memerlukan masa yang agak panjang
untuk mengenali serta membezakan pelbagai rangsangan. Keadaan pelajar tidak
sama dengan orang dewasa, oleh kerana itu ia tidak
mampu memilih rangsangan-rangsangan yang bermakna untuk memberi tindak balas yang sesuai terhadap rangsangan mereka.
Selain itu, Piaget turut menjelaskan bahawa kanak-kanak merupakan pelajar yang
aktif dan bermotivasi. Pelajar juga mampu membina
pengetahuan daripada pengalaman mereka dan mereka belajar melalui dua proses yang saling melengkapi iaitu
asimilasi dan akomodasi. Berdasarkan teori Piaget ini dapat disimpulkan bahawa
pelajar hiperaktif juga mengalami satu perkembangan kognitif yang sempurna
seperti pelajar lain.
Para pelajar hiperaktif ini juga mengalami proses pembelajaran
mereka melalui pengalaman dan persekitaran
mereka. Mereka akan terus menerokai alam sekitar mereka untuk mengetahui apa
yang terdapat di situ dan sesuatu perkara tersebut tanpa memikirkan akibatnya.
Menurut Piaget lagi, pengalaman-pengalaman baru yang mereka perolehi ini penting untuk perkembangan kognitif mereka. Oleh
itu, Piaget menekankan mengenai pentingnya
interaksi antara pelajar dengan persekitaran fizikal mereka. Melalui
interaksi tersebut
mereka dapat menambah kefahaman mereka mengenai perkaitan sebab dan kesannya.
Piaget telah menjelaskan bahawa
pelajar belajar melalui asimilasi dan akomodasi
iaitu proses mengendalikan sesuatu objek dan peristiwa dengan cara yang
selaras dengan skema yang sedia ada
(asimilasi) dan
18
mungkin mengubah suai pengetahuan mereka
hasil peristiwa dan kejadian baru
(akomodasi). Oleh sebab itu, pelajar yang hiperaktif dikatakan mempunyai satu kepuasan dalam penerokaan
yang mereka lakukan. Bukan saja mereka mampu menjana pengalaman dan mendapat
pengetahuan baru tetapi mereka juga akan mengalami satu perkembangan kognitif yang
seimbang dalam kehidupan mereka.
KESIMPULAN
Hiperaktif adalah suatu pola perilaku
seseorang yang tidak boleh duduk diam dan memberi perhatian. Guru yang mengajar
kanak-kanak harus mempunyai jiwa yang sabar, tidak mudah mengalah dan sentiasa
ceria bersama kanak-kanak ini. Guru haruslah selalu berinteraksi dengan pelajar
ini supaya mereka rasa dihargai dan disayangi. Pengaruh lingkungan bagi anak
hiperaktif ini kurang disenangi khususnya bagi teman-teman sebayanya apabila
kanak-kanak hiperaktif lebih cenderung menguasai atau menjadi pemimpin di antara
teman-teman yang lain.
Anak hiperaktif dituntut untuk
menyesuaikan diri dengan lingkungan pergaulan. Perhatian diperlukan daripada
ibu bapa dan juga guru-guru untuk mengatasinya. Dunia kehidupan anak itu penuh
dengan kegembiraan dan sukacita, maka kegiatan bercerita dapat memberi perasaan
gembira, lucu dan mengasyikkan. Fenomena ini dapat membantu guru supaya murid
dapat menyesuaikan diri bersama keluarga, rakan-rakan, guru dan masyarakat.
Ahli sosiologi dan psikologi
berpendapatbahawa kanak-kanak hiperaktif memerlukan bimbingan atau
sokongan ibu bapa dan masyarakat sekeliling.
19
BIBLIOGRAFI
Adnan
Hasan Salleh (2011) Mendidik Anak Lelaki.
Selangor: PTS illennia Sdn Bhd
Dr
Rozieta Shaary (2008) Membina Anak-Anak
Cemerlang.Selangor : True Wealth Sdn Bhd
Huffman, Karen (2002). Psychology in Action. USA: John Wiley & Sons.
Jas
Laile Suzana Jaafar (1996). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noran Fauziah Yaakub dan Habibah Elias (1997). Psikologi Personaliti.
Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2001). Psikologi Pendidikan
Untuk Perguruan. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd
Tengku Asmadi Tengku Mohamad (2008) Teknik emotivasi Anak Cara Positif.
Selangor : PTS Millennia Sdn
Bhd.
No comments:
Post a Comment